Pages

Ads by Nuffnang

Monday 30 April 2012

BERSIH : Pandangan Ikhlas Dari Brader

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Skg ni masih hangat lagi berita tentang perhimpunan BERSIH 3.0 yg berlaku baru2 ni. Secara jujur Brader perhatikan, byk contra dari pada pro yg terjadi. Ni hanya luahan dan pendapat peribadi Brader semata mata. Mungkin ada segelintir akan cakap Brader pro-kerajaan, tapi Brader nk tegaskan , entry ni xde kaitan ngan nak back-up mane2 parti politik di Malaysia. Brader hanya seorang manusia yang suka memerhati apa yang berlaku di sekeliling.

Berkaitan ngan Bersih ni , Brader masih lagi tertanya-tanya apa motif sebenar benda alah ni diwujudkan. Kalau ikut apa yg Brader paham , Bersih ni menuntut pilihanraya yang bersih dan bebas . Ini bermakna , Bersih TIDAK boleh dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Tapi yg Brader dapat perhatikan, yg jelas dan nyata, Bersih ni hanyalah untuk kepentingan Parti politik tertentu di Malaysia ni. Takde pun unsur2 bebas yg dapat dilihat. Kebanyakan penyokong Bersih ni datang dari pro-parti politik yg tertentu. Brader xnak sebut lah parti apa. Brader cuma bagi pendapat Brader je.

Dari perhimpunan Bersih 3.0 yang lepas, Brader perhatikan banyak kerosakan yang berlaku di kawasan perhimpunan tu. Lebih2 lagi, kawasan tu di Dataran Merdeka, satu tempat yang bersejarah di Malaysia. Tempat yang sangat berharga di negara yang bertuah ni . Tapi malangnya, ia di kotori oleh penyokong Bersih tu sendiri. Maaf penyokong Bersih sekalian , tapi cuba korang fikir balik, tgk balik keadaan tempat tu lepas korang berhimpun, penuh dngn sampah sarap yg ditinggalkan. Harta benda rosak .

Perpecahan yang berlaku semakin ketara. Kita sedia maklum, sebelum Bersih ni wujud lagi, perpecahan memang berlaku, tapi masih di peringkat yang selamat. Tapi yang menyedihkan Brader, perpecahan yang berlaku adalah dari kaum yang sama. Tak perlu lah Brader sebut ape kaum tersebut, brader taknak bersikap "racist". Para pembaca boleh nilai sendiri keadaan ni. Perlu ke kita rumitkan lagi perpecahan yang sedia ada ni? Sesama kaum sendiri bermusuhan, bertikam lidah, menyumpah seranah, mencederakan. Cuba bayangkan , kalau lah kita berpecah, x mustahil, Malaysia akan dijajah sekali lagi. Orang tua2 penah berpesan, "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat". Mana pergi semua semangat yang mereka tinggalkan kepada kita semua? Kenapa kita nk rosakkan apa yang mereka buat demi memerdekakan negara kita ni ? Andai kata Tunku Abdul Rahman masih hidup, Brader tak dapat bayangkan apa reaksi dia bila tgk cucu cicit dia cuba memusnahkan semua yang dia usahakan masa riwayat dia dahulu.

Brader tak mahu ulas panjang-panjang. Lain manusia lain ragam. Lain orang lain pendapat. Mungkin ada antara pembaca akan komen pasal entri ni , tapi brader harap xde perpecahan berlaku. Entri ni bukan untuk mengutuk, tapi untuk mengajak pembaca sekalian berfikir sejenak. Berbaloikah kesefahaman diruntuhkan semata mata demi politik? kita semua tahu, politik itu kotor. biar dari mana pihak sekali pun. Mmg xkan terlepas dari kekotoran politik ni. Jangan nafikan benda ni , biar pun di depan orang ramai, mungkin mereka tunjuk suci, tapi , " rambut sama hitam , hati lain-lain" . Jangan sebab politik, saudara jadi musuh, adik-beradik jadi rapuh. Bagi orang Islam, ingatlah, kita semua bersaudara. Jangan biarkan POLITIK meruntuhkan persaudaraan. Jagalah hubungan dengan Allah, dan jagalah hubungan sesama manusia.

wallahualam.


bradergagak : ape pandangan korang terhadap benda ni? komen lah kt bawah sane. tapi jangan la komen2 yg berunsur fitnah dan gaduh2 plak. nak berdebat biarlah beradab

Pemandu Di Malaysia : tabiat mmg payah nk dielakkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca bog Brader skalian. Dah beberape hari Brader tak update blog , sbb beberapa masalah yang tak dapat di elakkan.

Hari ni , Brader nk cite sket pasal tabiat2 pemandu2 Malaysia yg Brader dapat lihat berdasarkan pengalaman Brader sendiri.

1. Tabiat kt Traffic light.

kt Malaysia ni dah banyak traffic light yg ada count down timer dari merah ke hijau , atau hijau ke kuning dan seterusnya ke Merah. Tapi yang brader selalu perhatikan , bile sampai lampu hijau je, pemandu paling depan mesti amek masa paling kurang 10 saat utk bergerak. Entah ape lah yg diangan-angankan agak nye. Cuba korang bayangkan lah, kalo lah lampu hijau tuh hanya untuk 20 saat je, pemandu paling depan dah amek masa 10 saat nk bergerak, tak ke sikit je kete yg bleh gerak dalam tempoh masa 10 saat yang lebih tu? Apa salah nye, masa 5 saat terakhir sebelum lampu merah berakhir, pemandu paling depan tuh dah siap2 dengan gear 1 , kalo yg bawak kete auto tu , letak je kt gear D tuh. rasa nya  x susah mane pun. tp nk wat cmne , org malaysia ni tau nk buat sume benda last2 minute. dah mmg perangai . jangan marah kalau terasa, ape kate jadikan perasaan terasa tu sebagai pendorong utk ubah sikap. Pastu ade jugak mereka2 yg tak reti2 nk berenti mase lampu dah merah, main langgar je. terutama sekali mat2 motor ni. Selalu je main langgar lampu merah. Kalau dorg yg kena langgar, tak ke naya je? Fikir2 kan lah wahai pemandu sekalian.

2. Tabiat masa ade eksiden / kemalangan

Kalau kite perhatikan betul2, kalo traffic jam ,kebanyakannye mesti sebab eksiden. Walaupun eksiden tu berlaku kt lorong bertentangan, lorong yg kite lalu jugak yg eksiden. sbb ape? sbbnye, ramai sangat yg nak jadi investigating officer. mmg la membantu tu perkara yg baik. Niat dah baik, tapi cara salah sbb menyusahkan orang lain. Andai kata lah, mase traffic jam tu berlaku, ade ambulan tgh rush nk gi spital? tak ke naya? ape salah nye, teruskan je perjalanan dengan berhati. Tak payah nak menyibuk sangat duk tgk eksiden tu. Polis , JPAM, anggota penyelamat lain tahu la buat keje dorang. Kite just perlu berhati hati supaya benda2 yg tak diingini dapat di elakkan.

3. Tabiat pemandu lori / bas

Kalau kt highway, bese kite tgk bas jalan ikut lorong kanan. kadang2 lori pun ada kt lorong belah kanan. Dorang ni x paham ke peraturan? " KENDERAAN BERAT IKUT KIRI " , mmg la sume org nak cepat. Tapi agak2 la. Pemandu bas bawak nyawa orang. Kalau jadi eksiden ke ape2 ke, x ke susah . kadang2 bawak pada kelajuan yg melebihi had kelajuan maksimum. Sampaikan kenderaan kecik cam motor dan kete pun susah nk memotong lori atau bas ni . dah la meter nye lain2. Kalau penunggang motosikal , duduk belakang lori atau bas, x pasal2 batu2 jalan kena kt muka, sakit tuh. kepada pemandu lori atau bas, tolong lah, jgn pentingkan diri sendiri je. Pemandu kenderaan ringan pun ada kepentingan jugak. Tolong fikir keselamatan kitorang sume ni .

4. Tabiat Penunggang motosikal


jujur cakap, ni yg brader paling tak suka. Mat rempit . Perangai mat rempit ni x habis2 menyusahkan pengguna jalan raya yg lain. Masa jalan tgh sibuk pun dorg sibuk nak berlumba. Kalau dah gian sangat pegi lah sewa mane2 litar. jangan lah membahayakan diri sendiri dan nyawa org lain. terutama moto berkuasa rendah. Moto korang tu tak laju mana pun , setakat Ex5 dapat 120 rapat meter tu , x sampai pun 100 km/j kete. Siyes, korang buat la benda yg lebih berfaedah.

Setakat ni , ni je la tabiat2 pemandu2 di Malaysia yg brader x berapa nk puas ati sangat. Korang nilai lah sendiri ape yg Brader tulis ni . Sama ada betul atau salah, terpulang kepada korang semua. Brader cuma boleh nasihatkan , berhati hatilah di jalan raya, dan ingatlah insan tersayang yang sentiasa menunggu kepulangan anda semua.

p/s : gambar2 di atas hanya sebagai hiasan .

Sunday 29 April 2012

Empat maut kereta terbabas



GERIK: Empat maut dan lima cedera parah dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta Toyota Camry, lori dan sebuah motosikal di Kilometer 84.6 berhampiran persimpangan Tanjung Rambai di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari, kereta dari arah Lenggong ke Gerik dipercayai terbabas ke laluan sebelah kanan jalan sebelum bertembung lori dan motosikal yang dipandu dua remaja wanita. Difahamkan, lori berkenaan dari arah Gerik ke Lenggong.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Bahrum berkata, akibat insiden itu empat penumpang iaitu Chiam Cheng Lye, 49, termasuk warga Thailand, Armoei Sae Lee, 36, dan anak perempuannya berusia 18 bulan serta seorang lagi, kanak-kanak berusia 5 tahun dikenali sebagai Chiam Yong Dee meninggal di tempat kejadian.
Sementara pemandu Camry dikenali Chiam Guat Wah, 46, (isteri Wilai Wan Chinda) dan dan dua lagi penumpang lain dirawat di Hospital Gerik (HG). Pemandu lori, G Kumarisan, 28, patah kaki kiri dan kanan manakala kelindannya, I Rawikumar, 26, cedera di muka dan dirawat di HG.

Penunggang motosikal, Nur Afini Yusof, 17, turut dikejarkan ke HRPB Ipoh kerana patah kaki kiri dan kanan serta cedera di badan manakala pemboncengnya, Nur Aliani Jaslani, 17, hanya luka di tangan.

Beliau berkata, siasatan mendapati ketika tiba di tempat kejadian kereta dipandu Chiam Guat Wah dari arah Lenggong ke Gerik terbabas masuk ke laluan kanan jalan sebelum bertembung lori dari arah Gerik ke Lenggong.

“Pada masa sama, sebuah motosikal yang dinaiki dua remaja perempuan keluar dari arah Kampung Tanjung Rambai ke jalan besar dan bertembung kedua-dua kenderaan berkenaan,” katanya.

Wednesday 25 April 2012

Pabila Laptop Rosak : apa yg perlu dilakukan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pengunjung blog Brader Gagak sekalian.

Pagi tadi dalam pukul 6.15 pagi, Brader bangun dari tido . Pastu Brader solat dan tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.

Alang2 sebelum nak keluar pagi tadi, brader ingat nak Online barang sejam dua. Almaklumlah, org yg tgh bercuti panjang cam Brader ni xde pape keje yang nak dibuat. Jadi idup Brader hanya lah depan laptop.
Mase nk boot Laptop tu, tibe2 Brader rasa pelik. Asal lambat sangat nk start ni?????
pastu Brader guna teknik "Force Restart" . Mata Brader usha skrin laptop dengan kelajuan cahaya. Pastu terpampang la satu perkataan yang amat menakutkan ... " Operating System not Found " ..
What The Cat???? sejak bile plak aku pandai delete sistem tanpa sedar ni?? Brader x tau ape punca masalah ni , jadi Brader pun bukak la PC kt Ruang tamu sane... dah berapa zaman ntah Brader x guna PC... Rasa lain gile , dengan takde touch pad utk mouse nye.. huhuhu.....

Pastu brader google lah forum2 tentang masalah yg brader hadapi skg ni.. bace punye bace, brader dapat wat kesimpulan bahawa mungkin laptop brader kne virus ( sape suh x on firewall, kan dah kena ).

So tadi , terpaksalah mengepau mak mintak modal utk format laptop kt kedai ( brader student lagi, mane ade duit sendiri XD ) .

Jadi, kalau lah situasi ni berlaku kt korang, brader ada sikit tips nk share,. ttg ape yg perlu korang buat.

1. Mula-Mula korang kne pastikan ape simptom2 masalah yang terjadi kt laptop korang . contohnya cam "blue screen" , ataupun lag teruk masa nk boot laptop korang. jadi korg boleh lah buat keputusan sama ada nk antar kedai atau nk repair sendiri ( format ).

2. Format sendiri.
Format sendiri ni senang je, kebanyakan org yg beli laptop baru, mesti akan beli CD windows original . Kebanyakan tau, bukan sume orang. Jadi, manual cara nk format pun pasti akan ada disediakan sekali.
kadang2, ade gak yg beli pirate cd. hehehe. RM12 je bese nye, tp pandai pakai pandai tanggung la ye XD
andai kata la lepas format pun , laptop korang masih bermasalah. ni bermakna , masalah bukan berpunca dari software laptop korang, kemungkinan besar masalah dari hardware, macam papan ibu ( motherboard ), Random Access Memory (RAM) atau pun , mungkin graphic card die rosak .

3. Antar kedai servis .
kalau laptop korang masih dalam warranty,. korang bernasib baik lah. tak perlu keluarkan duit sendiri utk repair laptop korang tuh . tp kalau lah, motherboard yg rosak , Brader sarankan, beli laptop baru je lah. lebih berbaloi. Harga pun dah lebih kurang je.



jadi, korang jangan bengang2 kalo laptop korang rosak. Dah jadi lumrah bagi pemilik laptop,. untuk mengalami semua ni .. brader pun dah rindu laptop brader ni ... sedihh woooooooo... harap2 la xde rosak yg serius... jgn kate motherboard yg rosak sudah lah....

Bersih Sampah Haram



KLANG: “Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram yang dibuang di kawasan lapang kira-kira 50 meter dari kawasan rumah,” kata Ahmad Shuib Ahmad Hariri, 33, semalam.
Menurut Ahmad Shuib, dia dan keluarga bukan saja menghidu bau busuk setiap hari, malah berdepan masalah langau dan agas akibat pembuangan sisa pepejal itu.

“Setiap kali mahu makan, kami ‘berperang’ dengan langau dan agas yang hinggap pada makanan selain pada pakaian yang dijemur di luar rumah.
“Saya risau sekiranya masalah ini tidak diatasi segera, ia akan memudaratkan kesihatan penduduk terutama anak kecil,” katanya.

Selepas beberapa kali membuat aduan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang mula membersihkan tapak longgokan sampah haram yang menghantui penduduk kampung.

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Persekitaran MPK, Azmie Muji berkata, kerja membersihkan tapak itu mengambil masa dua minggu.
Katanya, keseluruhan longgokan sampah dianggarkan berjumlah 50 tan hingga 60 tan akan diangkut serta dihantar ke pusat pelupusan sampah di Jeram, Kuala Selangor.

“MPK menggunakan satu jengkaut, tiga lori dan sebuah tong besar bagi mempercepatkan kerja pembersihan kawasan ini bagi mengelak timbul masalah lain seperti penyakit taun dan denggi,” katanya ketika ditemui di lokasi, semalam.
Sementara itu, jurucakap PTD Klang ketika ditemui berkata, 18 pemilik tanah berkenaan tidak dapat dikesan sehingga kini.

Katanya, meskipun mempunyai maklumat mengenai semua pemiliknya, mereka gagal dikesan berikutan alamat yang didaftarkan tidak wujud.

“PTD sudah mengeluarkan notis di Balai Penghulu Rantau Panjang supaya pemilik dapat melihat nama mereka. Jika pemilik masih gagal tampil selepas tempoh notis berakhir, kami mengeluarkan notis 8A dengan tanah mereka akan dirampas,” katanya.

"Rumah Bermasalah"


PUTRAJAYA: “Hampir dua tahun kami tinggal di sini, tapi rumah tak macam diharapkan. Jika hujan lebat, pasti banjir di dalam rumah, hinggakan nak tidur dalam bilik terpaksa tadah baldi,” kata Mohd Izwan Zakaria yang merungut masalah rumahnya di Puncak Saujana, Kajang, Selangor.
Beliau mendakwa, kebanyakan penghuni di 138 rumah di kawasan berkenaan menghadapi masalah itu sejak menerima kunci daripada pemaju pada Ogos 2010. “Ketika mula memasuki rumah, saya menghadapi masalah meter air tidak dipasang dan apabila mengajukan kepada pemaju mereka enggan memperbaikinya sehingga terpaksa mengadu kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). “Malah, ada penghuni yang menghadapi masalah seperti siling bilik air jatuh, dinding retak dan basah, walaupun ketika paip air tidak dipasang. Jadi, saya harap perkara ini diselesaikan segera,” katanya selepas menghadiri mesyuarat berkaitan ketidakpuasan hati terhadap mutu kerja serta Sijil Perakuan dan Pematuhan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini, semalam.

Lima wakil penduduk Taman Puncak Saujana menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Perumahan Negara Bahagian Penguatkuasaan KPKT selama dua jam itu. Turut serta wakil Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan pemaju perumahan berkenaan.
Mohd Izwan berkata, dia dan penduduk lain juga ragu terhadap beberapa dokumen berkaitan rumah berkenaan kerana tidak dinyatakan tarikh selepas ditandatangani.

“Disebabkan tidak berpuas hati dan ragu dengan perkara itu, kami membuat aduan kepada pihak berkaitan termasuk MPKj dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya segera menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Ibu dianiaya anak tiri


JOHOR BAHRU: Seorang wanita kini buntu kerana bakal kehilangan tempat tinggal selepas rumah dihuninya sejak sekian lama bakal dilelong dalam masa terdekat, gara-gara tindakan anak tirinya menggadai premis itu.
Malah Zahrah Mohamad, 71, berasal dari Taman Universiti di sini, mendakwa barang kemasnya bernilai RM5,000 turut dipajak oleh wanita itu, menyebabkan dia terpaksa membayar upah menyimpan barang lebih RM1,400 sejak dua tahun lalu. 
“Dia gadai rumah saya menggunakan nama adiknya, akibatnya kini nama adiknya disenaraihitamkan oleh institusi kewangan dan saya pula bakal kehilangan rumah yang dihuni sejak sekian lama,” katanya yang kematian suami setahun lalu.

Zaharah berkata, selepas tidak sanggup membayar upah simpan barang kemas yang digadai sebanyak lebih RM200 sebulan sejak dua tahun lalu, dia cuba menebus semula barangan itu tapi gagal kerana gadaian dilakukan atas nama anak tirinya yang berusia 40-an itu.

“Saya kini tidak mampu meneruskan pembayaran dan mahu menebus barangan kemas berkenaan tapi pengurusan bank tidak boleh membantu kerana barangan dicagarkan menggunakan nama anak tiri saya.

‘Saya sayangkan barang kemas itu kerana itu sajalah harta dikumpul hasil saya bekerja kilang ketika muda. Bukan itu saja, apa membuatkan saya buntu ialah rumah yang saya duduk sekarang juga bakal dilelong bank dalam masa terdekat,” katanya. 

Lelaki Cari Adik Maut Dirempuh Komuter


SHAH ALAM: Hasrat seorang lelaki yang mahu mencari adik kandungnya tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh komuter dalam kejadian di Seksyen 15, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa mencari adiknya sejak dua minggu lalu berdasarkan maklumat yang diperoleh dari seorang pemandu teksi sekitar Shah Alam yang memaklumkan kepada polis sejurus selepas mayat mangsa ditemui.


Dalam kejadian 9.20 pagi itu, mangsa yang berusia 50-an dipercayai berasal dari Ladang Raja Musa, Kuala Selangor.

Setakat ini, identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui polis di tempat kejadian.


Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, kejadian berlaku di Kilometer 22.5 membabitkan komuter dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Pelabuhan Klang.


Katanya, pemandu menghentikan komuter secara mengejut selepas menyedari seorang lelaki melintasi landasan berkenaan walaupun hon kecemasan sudah dibunyikan beberapa kali, namun tidak diendahkan. “Sejurus selepas kejadian, pemandu komuter berkenaan memaklumkan kejadian kepada pihak KTMB sebelum kami menghubungi polis dan bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Saksi kejadian, Mohd Zul Hazlin Sameon, 19, berkata ketika kejadian dia mengawal di pintu belakang kilang apabila dia nampak komuter berhenti secara tiba-tiba.


Katanya, apabila komuter perlahan, pemandu terbabit menunjukkan sesuatu ke arah belakang komuter.

“Saya pergi dekat pagar untuk periksa apa yang ditunjukkan pemandu berkenaan, tapi saya tidak nampak apa-apa.


“Saya hanya sedar ada orang dilanggar komuter sebaik nampak kereta peronda polis datang dan beberapa anggota polis memasuki kawasan landasan,” katanya yang juga pengawal keselamatan di kilang berhampiran. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa disahkan mati di tempat kejadian kerana parah di kepala, pinggang dan kaki. Kes kemalangan berkenaan disiasat sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat.


Zahedi berkata, sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk memberi maklumat.

sumber

Dua sahabat maut


GEORGETOWN: Anggota polis trafik terpaksa mengutip cebisan otak dua sahabat yang maut selepas motosikal ditunggangi terbabas sebelum kedua-duanya digilis kenderaan lain dipercayai lori dalam satu kemalangan ngeri di Sungai Nibong, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, dua sahabat terbabit, Mg Ye Paing, 19, dan Thn Toe Naing, 18, kedua-duanya warga Myanmar dikatakan dalam perjalanan dari Georgetown ke tempat kerja mereka di kawasan Bayan Lepas.

Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan sebelum terbabas dan kedua-duanya terjatuh.
Ketika itu, sebuah lagi kenderaan tidak sempat mengelak dan terus menggilis badan dua sahabat terbabit menyebabkan kepala kedua-duanya pecah dan otak bersepai.

Mangsa maut dengan keadaan muka tertiarap dan terseret di atas jalan dan mayat mereka berhampiran antara satu sama lain.

Orang ramai yang pada mulanya berhenti untuk melihat kemalangan itu juga dilihat meneruskan perjalanan kerana tidak sanggup menatap keadaan mayat yang ngeri itu.
Difahamkan, ketika kemalangan tidak banyak kenderaan melalui jalan berkenaan dan dua mangsa terbabit kemungkinan menunggang motosikal dengan laju.

Tinjauan di lokasi kemalangan mendapati anggota trafik bertugas terpaksa mengutip cebisan otak dua mangsa berkenaan yang dilihat terkeluar daripada tempurung kepala masing-masing.
Pasukan bomba kemudian menggunakan tekanan air untuk mencuci kawasan itu yang dipenuhi darah dua mangsa terbabit.

Difahamkan, seorang pemandu lori membuat laporan berhubung kemalangan terbabit dan polis sudah mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din mengesahkan kemalangan itu.

“Kami menahan seorang lelaki dan mengambil keterangannya selepas dia membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya dan setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mayat dua mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat,” katanya.

Sayang bapa, ugut ibu


ARAU: Seorang anak tergamak mengugut menyembelih dan membunuh ibu kandungnya sendiri menggunakan parang selepas berang kerana mangsa dikatakan menjadi punca bapanya terbabit dalam kemalangan jalan raya, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 49 tahun dituduh suspek berusia 29 tahun bersalah kerana menjadi punca kejadian kemalangan parah yang menyebabkan bapa suspek yang juga suami mangsa terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini. 
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya di Pida 4, Tambun Tulang, di sini, bersama adik suspek berusia 23 tahun serta dua jirannya sebelum didatangi suspek yang kelihatan tergesa-gesa sambil membawa sebilah parang.

“Suspek kemudian menyerbu masuk ke dalam rumah sebelum menyerang mangsa dengan memeluknya dan mengacukan parang ke lehernya sambil memaki hamun ibunya.

“Tindakan anak lelakinya itu dipercayai dilakukan selepas dia berang dengan ibunya yang dikatakan menjadi punca kepada kemalangan yang menimpa bapanya.


Tuesday 24 April 2012

PTPTN jadi isu kerana ada pihak mahu jadi PM



SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijadikan isu sejak kebelakangan ini, selepas 15 tahun diperkenalkan, disebabkan "cita-cita besar individu tertentu" mahu menjadi perdana menteri, kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.
Dalam temu bual khas dengan Sinar Harian, Ismail berkata, sebenarnya, berbagai-bagai isu timbul kerana cita-cita besar individu tertentu untuk menjadi perdana menteri.
"Banyak perkara yang diputuskan oleh kerajaan semasa individu tersebut menjadi Timbalan Perdana Menteri dan malah menjadi pemangku Perdana Menteri," kata beliau tanpa merujuk kepada mana-mana individu secara langsung.
Bagaimanapun kenyataan itu merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN digubal pada 1997.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PTPTN diperkenalkan ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.
Bagaimanapun PKR pula membalas bahawa ia diperkenalkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak memegang portfolio Kementerian Pelajaran.
Kini, Najib merupakan Perdana Menteri manakala Anwar pula Ketua Pembangkang.
Ismail, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau mengulas soalan mengapa selepas 15 tahun PTPTN dilaksanakan ia menjadi isu sekarang.
Mengenai tindakan PTPTN terhadap desakan memansuhkan pinjaman, Ismail berkata, pihaknya bersedia mendengar pandangan semua pihak mengenai pemansuhan satu peratus kadar Ujrah atau upah dikenakan kepada pelajar sebagai kos pentadbiran.
"Dan, kita meneliti perkara ini dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan harap KPT bersama dengan pihak yang menuntut supaya ajukan kepada Perdana Menteri.
"Namun, setakat ini kita masih mengekalkan dasar sedia ada," katanya lagi.
Dalam hal ini, jelas beliau, terpulang kepada kerajaan kerana kos dikenakan minimum setelah dikurangkan kadar faedah daripada lima peratus kepada tiga peratus.
"Akhirnya kita dapat keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2008 dan setuju menukar kadar faedah mengenai pinjaman konvensional dalam bentuk prinsip syariah iaitu Ujrah.
"Paling penting, dalam kadar satu peratus ini, mana-mana pelajar terlebih bayar melalui sistem lama, kita telah pulangkan kepada pelajar tersebut," katanya lagi.
Sehingga 31 Mac tahun ini, jelas beliau, pihaknya telah memulangkan kembali hasil penyelarasan lima peratus kepada tiga peratus hingga satu peratus berjumlah RM2.72 juta melibatkan 3,229 peminjam.

Mahasiswa usah terlalu sensitif


**artikel ini berasal dari harian metro online, Brader Gagak tidak mempunyai hak cipta terhadap artikel ini**


MEMANG tidak habis-habis isu Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), lepas satu timbul pula desakan mahasiswa yang mahu akta itu dimansuhkan sepenuhnya dengan alasan sudah tidak relevan pada alaf baru.
Mereka mendakwa pindaan yang dicadangkan kerajaan itu hanya ‘gimik’ pihak tertentu menawan hati mahasiswa, namun ia masih mengekang pemikiran dan hak mereka bersuara dan berpolitik.
Justeru, mereka mahu AUKU dimansuhkan kerana ia lebih praktikal bagi melonjakkan kemampuan dan sensitiviti sistem pendidikan moden.

Pindaan pula dianggap ‘hadiah’ kepada warga institusi pengajian tinggi kerana keprihatinan itu bakal memberi peluang kepada mereka meneroka alam pendidikan berlandaskan peraturan dan kawalan tertentu.

Sama ada pindaan atau pemansuhan, hakikatnya, AUKU terutama seksyen 15C ( 3) memang mencetuskan provokasi tersendiri dalam kehidupan warga kampus kerana ia melarang mahasiswa menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja.

Persoalannya, sama ada pindaan atau permansuhan, adakah AUKU masih relevan dalam era pendidikan moden hari ini?

Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar) Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Ahmad Zainudin Husin berkata, mahasiswa perlu melihat secara waras mengenai AUKU tanpa mengaitkan dengan sentimen tertentu.

Beliau berkata, penting bagi mereka memahami bahawa akta itu bukan hanya menekankan seksyen tertentu semata-mata, malah mencakupi aspek luas yang menyentuh pelbagai peranan serta fungsi.

“Desakan mahasiswa supaya AUKU dimansuhkan tidak akan menyelesaikan masalah.
Ia tidak boleh diselesaikan hanya dengan ‘berteriak’ atau berdemonstrasi.

“Ia lebih kompleks. Bukan mudah menghapuskan akta yang sudah sah melalui proses perundangan, memperoleh kebenaran rasmi serta termaktub dalam undang-undang negara. Ia tidak boleh dipinda atau dimansuhkan sesuka hati.

“Pihak yang lantang bersuara perlu memahami situasi ini. Ia tidak boleh diubah sekelip mata kerana ada proses panjang dan rumit perlu dilalui,” katanya.

AUKU memang tidak pernah sunyi dengan polemik dan kontroversi sejak kewujudannya pada 1971.

Sudah mengalami beberapa pindaan, akta itu bagi segelintir pihak menjadi batu penghalang dan mimpi ngeri jika mahasiswa ingin bebas bersuara dan berpolitik.

Kemelut demi kemelut menjadikan AUKU isu panas dan sensitif bagi mahasiswa hingga menyebabkan akta ini diberi janji untuk dipinda lagi.

Bagaimanapun, pindaan itu tidak menarik hati segelintir mahasiswa, sebaliknya mahukan kebebasan penuh iaitu dimansuhkan.

Mereka menuntut universiti diberi kuasa autonomi untuk menggubal undang-undang sendiri selari undang-undang perlembagaan tanpa campur tangan birokrasi pihak luar.

Beliau yang juga pensyarah Jabatan Sejarah UPSI berkata, tindakan itu akan memakan diri sendiri kerana jika universiti menggubal undang undang baru, mereka juga memerlukan rujukan akta tertentu sebagai panduan.

“Dalam konteks ini, universiti tidak boleh sesuka hati mewujudkan undang-undang kerana selama ini mereka tertakluk pada peraturan sedia ada.

“Biarpun diberi kuasa autonomi, saya percaya mewujudkan undang-undang baru dengan kepemimpinan sendiri tidak mudah. Ini perkara besar yang membabitkan prosedur yang panjang.

“Ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Jadi di manakah relevannya permintaan itu?” soalnya.

Beliau berpendapat, jalan terbaik untuk mengembalikan semula keharmonian ialah dengan mengkaji akta berkenaan lebih mendalam bersesuaian kehendak semasa, mahasiswa juga global.

“Ini lebih baik daripada semua pihak ‘bermusuhan’. Dalam menangani AUKU, kepentingan semua perlu diambil kira bagi menjamin hak dan meneruskan kelangsungan sistem pendidikan negara dengan harmoni.

“Janganlah kerana mengikut hati yang panas atau terpengaruh desakan pihak lain, sistem pendidikan tinggi kita korbankan. Ini tidak betul dan boleh menjejaskan masa depan generasi mahasiswa lain,” katanya.

Malah, untuk bertindak lebih adil, beliau menyarankan agar diwujudkan suruhanjaya untuk mengkaji aspek pelengkap AUKU.

Melalui suruhanjaya ini, katanya, semua pihak diberi akses bebas untuk menyuarakan pandangan sebelum keputusan dibuat.

“Cara ini lebih praktikal kerana kepentingan semua pihak diambil kira dan tidak membelakangkan hak sesiapa pun. Beri kebebasan mereka untuk melahirkan pandangan masing-masing selain disertakan fakta kukuh.

“Kata putus serta persetujuan diambil itu mampu menjernihkan kembali ketegangan sedia ada. Ini menunjukkan mahasiswa golongan intelektual dan bermaruah.

“Demonstrasi jalanan atau tindakan membuta tuli hanya akan meletakkan mereka di tahap paling rendah. Saya nasihatkan, jangan terlalu terburu-buru mengikut kata hati, kelak menyesal,” katanya.

Mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Syukri Ab Razab pula tetap menegaskan, pemansuhan AUKU perlu dilaksanakan kerana mengganggu pembentukan jati diri sejati mahasiswa untuk mengikuti modul pendidikan sebenar.

Menurutnya, tiada sesiapa berhak menghakimi tindakan mahasiswa yang mahukan AUKU dimansuhkan kerana ia kehendak naluri sendiri yang mahukan keadilan telus tanpa kerenah birokrasi.

“Malangnya, apabila mahasiswa bersuara mengenai AUKU, semua pihak pasti mengaitkannya sebagai propaganda pihak tertentu. Tidakkah mereka lihat itu naluri mahasiswa yang sudah bosan dilayan bagaikan budak kecil dan sering diperkotak-katikkan?

“Cukup dan usah mengaitkan mahasiswa dengan mengatakan mereka diperkudakan pihak tertentu. Apa dilakukan ini adalah kehendak sendiri kerana sudah lama tertindas dengan peraturan berat sebelah.

“Sebagai generasi muda, mereka inginkan pembaharuan lebih praktikal.
Pemansuhan ini bakal menjadi lembaran baru dalam dunia pendidikan moden hari ini, sekali gus melahirkan wajah mahasiswa baru,” katanya.

Menafikan pemansuhan itu juga, katanya, menyebabkan mahasiswa bertindak lebih ‘kurang ajar’, sebaliknya apabila universiti diberi kuasa autonomi menggubalkan undang-undang sendiri, kehidupan mahasiswa lebih proaktif.

“Apabila mahasiswa merasakan apa dilakukan universiti salah, mereka ada hak bersuara dan universiti pasti mengambil tindakan segera bagi mengatasinya tanpa perlu merujuk atau mengikut telunjuk pihak tertentu.

“Tidak perlu lagi kami menunggu bagai buah tidak gugur apakah keputusannya.
Justeru, tidak timbul isu mahasiswa bertindak lebih kuah dari sudu kerana semua peraturan selari dengan undang-undang negara melainkan dilaksanakan sepenuhnya oleh universiti.

“Kami tidak perlu berdepan kerenah birokrasi peringkat tertinggi kerana universiti sendiri boleh menentukan tindakan bakal diambil. Itu lebih telus, adil dan menyenangkan hati kerana universiti pasti kenal hati budi mahasiswanya sendiri,” katanya mengakui AUKU menjadikan mahasiswa naif merancang pembangunan jati diri.

“Bayangkan sejak mula menjejakkan kaki di universiti sudah disogokkan dengan ‘kekebalan’ AUKU. Mereka tidak bebas melahirkan pendapat, tidak berjiwa kental serta perlu mengikut ‘telunjuk’.

“Sedangkan dunia memerlukan pelapis yang berfikiran kritis, berani melahirkan pandangan serta menyahut cabaran. AUKU sudah tidak relevan dipraktikkan kerana senario mahasiswa kini sudah berubah,” katanya.

Akuinya, biarpun daripada 1.2 juta mahasiswa hanya tujuh peratus lantang bersuara, tidak bermakna peratus selebihnya tidak peka.

“Yang membezakan ialah tujuh peratus itu aktif dalam memperjuangkan hak mahasiswa manakala selebihnya tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan.

“Paling penting, mereka nampak dan tahu apa perlu dilakukan bagi memastikan tindakan atau hak tidak dicabuli, sekali gus membantu merangka pemikiran luar kotak. Inilah generasi mahasiswa alaf baru yang sebenarnya perlu dilahirkan.

“Bukan penakut atau mudah dipersendakan sesuka hati,” katanya.


sumber daripada : hmetroonline

Dikeroyok tak bayar hutang judi


KUALA LUMPUR: Akibat gagal melunaskan hutang lebih RM1,000 selepas kalah berjudi, seorang lelaki berusia 23 tahun bukan saja dibelasah 10 lelaki, malah rambutnya turut digunting kumpulan terbabit dalam kejadian di Taman Sri Murni, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa parah di badan dan kepala akibat dibelasah kumpulan terbabit.

Menurut sumber, mangsa yang kalah berjudi di sebuah premis di kawasan berkenaan mendakwa mahu keluar dari bangunan itu untuk ke bank mengeluarkan wang, namun ditolak dua lelaki yang menyangkakan mangsa mahu melarikan diri selepas kalah dalam pertaruhan itu.
Katanya, mangsa mulanya dibenarkan meninggalkan kawasan berkenaan kerana berjanji datang semula untuk membayar hutang dan meminta tempoh kurang sejam berbuat demikian.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian meminta dua lelaki terbabit menunggunya di sebuah restoran berhampiran kawasan itu.

“Mangsa yang datang semula dengan tangan kosong terkejut apabila mendapati dua suspek yang menolaknya menunggu di restoran berkenaan bersama 10 lelaki lain.
“Mangsa bukan saja diterajang dan ditumbuk, malah rambutnya turut digunting seorang daripada suspek terbabit.

“Kumpulan itu meninggalkan kawasan berkenaan sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang cedera di badan dan kepala ditahan hampir 24 jam di sebuah hospital sebelum dibenarkan pulang jam 10 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan.

Minta rahsia kematian


MIRI: Permintaan supaya tidak mendedahkan kematiannya kepada sesiapa selain tidak mempunyai wang untuk urusan pengebumian dipercayai antara sebab mengapa kematian seorang ibu bersama anak perempuannya dirahsiakan selama hampir lima tahun sebelum mayat mereka dijumpai di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Pangkalan Lutong Baru, di sini, kelmarin.
Permintaan pelik wanita terbabit menyebabkan seorang anak perempuannya berusia 40-an yang tinggal bersamanya merahsiakan kematian itu termasuk daripada diketahui ahli keluarga.

Sumber polis berkata, setakat ini siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian dua beranak terbabit, namun mereka dipercayai sudah meninggal dunia sejak hampir lima tahun lalu.
Malah, katanya, bagi memastikan kematian itu tidak terbongkar, mayat dua beranak itu dibiarkan dalam bilik berkenaan dengan tingkap bertutup, sekali gus mengelak bau busuk dikesan sesiapa termasuk jiran.

“Bagaimanapun, setakat ini kami tidak dapat mengesahkan punca kematian atau motif lain di sebalik kejadian itu. Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk menyoal anak perempuan si mati dan anak saudaranya yang tinggal di rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan dua rangka wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 49 tahun ditemui dalam sebuah bilik oleh seorang lagi anak perempuan mangsa berusia 40-an bersama suaminya ketika mahu menjenguk ibunya yang tidak ditemui sejak hampir lima tahun lalu.


Along ugut mahu culik


JOHOR BAHRU: “Sekumpulan along mengugut hendak menculik saya sekiranya gagal melangsaikan hutang RM17,000 dalam tempoh terdekat sedangkan baki dalam akaun bank tinggal RM1,” kata mangsa along yang mahu dikenali sebagai Nana, 31, di sini, semalam.
Menurut Nana, dia kini hidup ketakutan dan merayu bantuan mana-mana pihak kerana setiap hari, dia menerima sekurang-kurangnya 20 panggilan serta SMS daripada kumpulan along terbabit.

Nana berkata, dia bimbang along terbabit menceroboh rumahnya di Skudai selain mengancam keselamatannya serta adik perempuan berusia 23 tahun yang tinggal bersamanya.
“Semuanya bermula sebulan lalu apabila saya meminjam RM1,000 daripada seorang along untuk memulakan perniagaan.

“Bagaimanapun, saya terperangkap dengan kadar bunga tinggi sebelum terpaksa meminjam daripada beberapa along lain di bandar raya ini dan kini jumlahnya mencecah RM17,000,” katanya.

Menurut Nana, dia membuat pinjaman untuk dijadikan modal mengambil alih perniagaan makanan rakannya.
Nana yang bimbang dengan keselamatannya membuat tiga laporan di Balai Polis Nusajaya, Sentral dan Skudai masing-masing pada 20 April, 13 April serta 18 April lalu.

Sementara itu, jurucakap polis Skudai ketika dihubungi mengesahkan laporan Nana.

Hadapi risiko hilang upaya




PUTRAJAYA: Seorang lelaki mendakwa Hospital Putrajaya tidak memberikan rawatan sepatutnya selepas dia terbabit kemalangan, sekali gus menanggung risiko hilang upaya terhadap kecuaian itu.
Kakitangan swasta, Mohammad Fauzi Abdul Halim, 41, mendakwa kejadian itu berlaku pada 28 Ogos tahun lalu selepas dia mengalami kemalangan disebabkan motosikalnya melanggar besi di kawasan Lebuhraya Maju Expressway Putrajaya-Kuala Lumpur.
Menurutnya, ketika itu dia bersama anak sulungnya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan beberapa urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Saya tak perasan ada besi di jalan dan melanggarnya menyebabkan saya dan anak perempuan jatuh di jalan. Kejadian itu menyebabkan tangan kiri saya luka dan berdarah dan menelefon ambulans untuk menghantar kami ke Hospital Putrajaya.

“Ketika rawatan, doktor meminta saya menjalani X-ray serta diberikan ubat tanpa memberitahu apa-apa masalah yang dihadapi. Saya dibenarkan pulang ke rumah pada hari sama,” katanya yang mengadu perkara itu kepada Harian Metro di sini.

Mohammad Fauzi mendakwa, sebaik pulang ke rumah dia berasa sakit dan pedih pada bahagian luka berkenaan dan disebabkan tidak berpuas hati dia mendapatkan rawatan di dua klinik panel sebulan selepas kejadian.

“Bagaimanapun, saya dinasihatkan merujuk ke hospital untuk mengetahui lebih lanjut masalah dihadapi. Seterusnya, saya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Januari lalu untuk rawatan susulan.

“Selepas menjalani X-ray, doktor mengesahkan saya menghadapi masalah pada tangan kiri. Saya tidak berpuas hati dengan pihak Hospital Putrajaya kerana tidak memaklumkan masalah itu lebih awal ketika menerima rawatan di sana,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, Dr Mohd Anis Haron ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima aduan Mohammad Fauzi dan membuat siasatan lanjut mengenai perkara itu.



sumber

Monday 23 April 2012

Lawak sedas : Jawapan exam yang memeningkan kepala cikgu2

Kalo lah student jawab exam camni, mau pecah kepala cikgu nk tanda. harap2 jgn ade pembaca blog ni yang jawab exam camni tau .









Top 10 Antivirus 2012

Mesti ramai yg duk tercari2 antivirus ape yg bagus digunakan kt PC atau laptop korg kan? Kt sini brader nk share sket 10 antivirus terbaik untuk tahun ni

1. PC Antivirus Pro 2012
rating : 9.8/10    donwload trial kt sini

2. Avast! Pro Antivirus 2012

rating : 9.5/10    download trial version kt sini

3. Kaspersky Anti-Virus 2012

rating :  9.5 /10  download trial version kt sini

4. BitDefender Antivirus Plus


rating :  9.5/10   download trial version kt sini

5. Panda Antivirus Pro 2012


rating : 9.3/10    download trial version kt sini


rating : 9.0 / 10    download trial version kat sini



rating : 9.0/10  download trial version kt sini 



rating : 8.9 /10 download free trial kt sini 

rating : 8.8/10 download free trial kt sini



rating : 7.8/10   download trial version kt sini

Spesifikasi Proton Preve



SPESIFIKASI PROTON PREVE

Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa
138 kuasa kuda, kilasan 205Nm

Sistem butang penghidup enjin untuk Premium

Stering kuasa hidrolik

Brek ABS dengan EBD

Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja

Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS

Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod

Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown

Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km

Tiga varian : Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), Eksekutif (harga dari RM59,990) 


sumber

Tips Tips Beli Motorsikal SecondHand

Assalamualaikum. Beberapa jam lepas Brader ade terbaca blog pasal motorsikal. Almaklumlah, brader pon nak gak pakai motor gi jalan jenjauh. Tp brader masih berfikir lagi samaada nk pakai motor baru atau motor secondhand. Motor baru mmg la best , sbb keadaan masih tip top lagi. Tapi modal nak kena besar la. Jadi pilihan kedua brader adelah, motor sekenhen ( second hand ). Jadi , alang2 brader dah usha2 blog tu, meh brader kongsi sket tips nk beli motor secondhand.

1)Pastikan berkeadaan Standart/Asal


Kalau nak beli motor secondhand tu, brader rasa lebih baik la beli moto yg standard aje. Takde modifikasi yang boleh menyebabkan motor anda meragam tak tentu pasal. Langkah ni gak boleh membantu anda terlepas daripada saman atas modifikasi yang dilakukan oleh pemilik sebelum anda. Yelah, sape nk kne hukum atas kesalahan yang  dia tak buat kan? Jadi lebih baik beringat sebelum terkena.


2) Mempunyai Geran

Geran ini merupakan dokumen yang mengesahkan identiti kenderaan terbabit dan mempunyai Nombor siri serta pemunya berdaftar serta maklumat kenderaan yang didaftarkan seperti No. Enjin , No Casis Buatan , Model , kelas kegunaan dan lain-lain Maklumat tersebut adalah penting bagi mengesahkan bahawa kenderaan tersebut adalahkenderaan yang boleh serta disahkan penggunaannya di jalan raya di Malaysia.
Selain itu, Dokumen tersebut juga mempunyai malumat/ rekod bayaran yang telah dilunaskan oleh pemilik kenderaan (pembayaran Road Tax ) serta Pertukaran milikan dan alamat serta rekod Pemeriksaan.. Ini memang penting..kalau tak,camne korang nak tukar nama ni, buat yang dijual tu motor curi..ha!tak ke naya! korang juga yang masuk kedalam..Tiada Saman Trafic.. kalau ada saman, korang tak boleh nak idup road tax sebab motor ada saman. 



3) Jangan Pandang Luaran Sahaja

Ada orang, tengok luar ajerr cantik terus sambar "sekali dah beli, bawak je, enjin berkocak banyak problem" Seeloknya periksa keadaan motorsikal tersebut terlebih dulu kemudian fikir dan buat pertimbangan sewajarnya..

a) Periksa Paras Minyak Hitam
First Jangan hidupkan motor dulu. Buka penyukat minyak hitam lihat paras mana.. Jika minyak hitam diletakkan berlebihan akan berefek bunyi enjin lebih halus, sehingga menyembunyikan bunyi asal motor yang mungkin kasar

b) Lihat Speedometer motorsikal tersebut
Lihat jarak yang telah di tempuh motor tersebut. Jika angka menunjukan di atas 20.000km, pastinya akan ada komponen part enjin yang harus diganti


c) Periksa bahagian hadapan tayar dan klu body tak center
Berdiri di hadapan motorsikal periksa bahagian hadapan lihat kelurusan dengan roda ( lihat tayar depan dan belakang sejajar atau tidak ). Jika nampak tak center menunjukan motor pernah melanggar sesuatu atau terlibat dalam kemalangan.

d) Periksa bahagian tayar belakang dan klu body tak center
Berdiri pula di belakang motorsikal kemudian periksa bahagian belakang lihat kelurusan dengan roda. jika nampak tak center memastikan chasis mototidak membengkok kerana motor pernah terjatuh atau berlaku pelanggaran


e) Pemeriksaan batang Fork,swing arm, suspension absober dan rem tayar
Perhatikan pada batang fork, adakah terdapat kesan minyak kerana itu tandanya getah pengadang minyak tersebut telah rosak mungkin tak pernah ditukar oleh pemilik dahulu. Kemudian ada tak kesan calar pada batang fork, walaupun tiada kesan minyak tetapi kadang-kadang pekedai telah menukar pengadang getah yang baru. Ini selalu terjadi apabila kita menggunakan motor tu nanti pengadang minyak akan cepat rosak akibat daripada batang fork yang sudah tidak licin. Lambat laun minyak dari batang fork akan keluar… hati-hati.. Check samada fork depan,Bush / hub tidak bocor dan rosak, handle, chasis, swingarm pun check gak, kot-kot dah bengkok dan Rem tayar gelong ke tidak...
Periksa Fork depan kalau ada bengkok, Ada kemungkinan juga motor ini pernah terlibat kemalangan

Periksa swing arm dengan menggoyangkan kekiri dan kekanan dengan kuat. Caranya dengan memegang roda belakang dan goyangkan. Apabila terasa seperti sesuatu yang longgar bermakna bush swing arm tersebut telah haus. 

_____________________________________________________________________________________________

suspension depan belakang camner ? Periksa jika ada kesan minyak terkeluar dari bush/ hub .. Ini menunjukkan Fork dan Absober telah bocor dan suspension tidak elok .. ada penyerap hentakan masih "menyerap" hentakan ke ? bushing suspension ok ke tidak ? 
_____________________________________________________________________________________________

Perhatikan kalau Rem tayar bengkok.. Jika tak dapat di lihat dengan mata kasar cuba Letak marker pen hampir rapat dengan rem kemudian putar roda.. Jika ada bahagian menyentuh Marker pen rem ada problem bengkok.. Ini dapat memastikan bahagian mana yang gelong

_____________________________________________________________________________________________

4) Pemeriksaan Bahagian Enjin 
Periksa kalau ada leaking head di bawah enjin.. Boleh menyebabkan minyak hitam berkurangan nanti..

_____________________________________________________________________________________________

Periksa enjin kalau ada part yang retak.. Ini boleh mendatang efect masalah lebih besar nanti.memerlukan modal yang besar untuk menukarnya di kemudian hari..

_____________________________________________________________________________________________

Periksa apakah ada kebocoran minyak pada karburator ini boleh menyebabkan motor susah di hidupkan…
_____________________________________________________________________________________________
5) Pemeriksaan terhadap sistem wiring motorsikal
Tengok Wiring kalau ada potong-potong atau sambung haram tu ada problem karang takut short circuit. Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lame.. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup... Lampu signal kena menyala sempurna (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak)

_____________________________________________________________________________________________
6) Pemeriksaan semasa Enjin dihidupkan
Hidupkan dahulu enjin motosikal tersebut dengar alunan bunyinya. Ingat bukan bunyi motor yang kena dengar tetapi amati bunyi pada blok enjinnya. Adakah bunyinya agak kasar atau seperti benda longgar kerana ada kemungkinan rod dan bearingnya telah haus dan ini memerlukan belanja yang agak lebih setelah anda membelinya. OK Mulai hidupkan enjin. Pulas trottel minyak, rem-rem lebih sikit dan biarkan enjin dalam keadaan stabil. Pada masa ini dengar jikalau ada kejanggalan bunyi enjin.
a) Kalau kick Starter atau menggunakan eletrik starter susah motorsikal di hidupkan, mungkin ada masalah pada beberapa part ignition motorsikal tersebut .. ni kena buat pemeriksaan terperinci
________________________________________________________________________

b) Cuba tengok asap kalau keluar banyak mungkin 2t terlebih atau kemungkinan juga piston ring telah haus. kalau asap putih kuar kena buat top overhaul tukar gasket. kalu asap itam, proses pembakaran yang tidak sempurna. Kalau Putih biru tu kira OK

____________________________________________________________________________________________
7) Buat Pandu uji Motorsikal
Kalau nak tahu motor tu ’sedap’ lagi atau tidak kena la tunggang. Cuba bawa kelajuan antara 100-110km/j kuat tak gegarannya. Kalau sederhana ok lagi tu mungkin balancing tayar dah tak cantik. Tapi kalau kuat sangat lebih baik lupakan, bukannya apa takut-takut membabitkan enjin je….

a) Cuba buat pandu uji .. dengan kecepatan 40km/jam kemudian tekan rem agak mendadak kalau motor korang rasa tak ade pickup dan kena pulas minyak lebih sikit dan enjin mengaum tu tandanya cluth plate dah haus.. kalau nak naik bukit tu yang jadi masalah macam berat nak naik..mungkin Clucth plate dah nak habis atau autoclutch problem...

b) kalau ko bawak lepas tangan camner ? stabil ke tidak ? kalau masa pandu motorsikal tu tak rasa macam goyang dan senget atau kalau membuang belakang ni.. memang ada problem ngan casis (body) punya.. badan dah bengkok...

c) Ketika memandu uji sila dengar sebarang bunyi dan rasai pergerakkannya motorsikal tersebut.Jalankan motor tersebut dan perhatikan apakah ada kesulitan atau tdk dalam perpindahan gigirantai tayar dan sporket motorsikal

d) Kalau semasa membrake motorsikal bagai mana keadaan motorsikal tersebut.. Adakah brake sistem dalam keadaan baik disaat kita membrake secara kecemasan ?

_____________________________________________________________________________________________
Periksa Nombor Chassis dan nombor enjin.. buatnyer yang dijual tu motor curi.. Payah nak jawab karang…Cek nombor rangka Chassis dan nombor enjin.. Perhatikan dengan jelas apakah nombor rangka dan mesin motor adalah asli dan bukan ketokan kasar.

_____________________________________________________________________________________________

8)Dapatkan jaminan waranty
Mana mungkin kan motosikal 2nd yang anda beli itu benar-benar 100% dalam keadaan baik..Kebiasaannya kedai akan bagi waranti selama sebulan je lebih dari tu tanggung sendiri.Jadi dalam tempoh tu jangan takut-takut nak komplen pada pekedai.Biar kita buat-buat cerewet sikit kalau tak nanti dia putar belitkan anda nanti.Pastikan juga jangan buat sebarang pengubahsuaian terhadap motosikal anda dalam tempoh waranti kerana secara automatik waranti tersebut akan dimansuhkan oleh mereka.Apabila membeli motorsikal tersebut minta jaminan ( warantty) penggantian atau minta owner asal, Pekedai yang jual motor tu repair balik segala kerosakan dalam masa selang tempoh percubaan..


Kalau nak beli motor secondhand ni , lebih baik rasanya bawak member yang tahu serba sedikit tentang motor ni, yelah, sekurang kurangnya dorg tau nak bagi nasihat kat korang . At least takdelah korang mengamuk tak tentu hala lepas beli motor tu. Nak beli biarlah berbaloi dengan harga .

sumber dari blog ni : SUMBER :