Pages

Ads by Nuffnang

Wednesday 25 April 2012

"Rumah Bermasalah"


PUTRAJAYA: “Hampir dua tahun kami tinggal di sini, tapi rumah tak macam diharapkan. Jika hujan lebat, pasti banjir di dalam rumah, hinggakan nak tidur dalam bilik terpaksa tadah baldi,” kata Mohd Izwan Zakaria yang merungut masalah rumahnya di Puncak Saujana, Kajang, Selangor.
Beliau mendakwa, kebanyakan penghuni di 138 rumah di kawasan berkenaan menghadapi masalah itu sejak menerima kunci daripada pemaju pada Ogos 2010. “Ketika mula memasuki rumah, saya menghadapi masalah meter air tidak dipasang dan apabila mengajukan kepada pemaju mereka enggan memperbaikinya sehingga terpaksa mengadu kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). “Malah, ada penghuni yang menghadapi masalah seperti siling bilik air jatuh, dinding retak dan basah, walaupun ketika paip air tidak dipasang. Jadi, saya harap perkara ini diselesaikan segera,” katanya selepas menghadiri mesyuarat berkaitan ketidakpuasan hati terhadap mutu kerja serta Sijil Perakuan dan Pematuhan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini, semalam.

Lima wakil penduduk Taman Puncak Saujana menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Perumahan Negara Bahagian Penguatkuasaan KPKT selama dua jam itu. Turut serta wakil Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan pemaju perumahan berkenaan.
Mohd Izwan berkata, dia dan penduduk lain juga ragu terhadap beberapa dokumen berkaitan rumah berkenaan kerana tidak dinyatakan tarikh selepas ditandatangani.

“Disebabkan tidak berpuas hati dan ragu dengan perkara itu, kami membuat aduan kepada pihak berkaitan termasuk MPKj dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya segera menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Comments
0 Comments