Pages

Ads by Nuffnang

Wednesday 25 April 2012

Pabila Laptop Rosak : apa yg perlu dilakukan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pengunjung blog Brader Gagak sekalian.

Pagi tadi dalam pukul 6.15 pagi, Brader bangun dari tido . Pastu Brader solat dan tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.

Alang2 sebelum nak keluar pagi tadi, brader ingat nak Online barang sejam dua. Almaklumlah, org yg tgh bercuti panjang cam Brader ni xde pape keje yang nak dibuat. Jadi idup Brader hanya lah depan laptop.
Mase nk boot Laptop tu, tibe2 Brader rasa pelik. Asal lambat sangat nk start ni?????
pastu Brader guna teknik "Force Restart" . Mata Brader usha skrin laptop dengan kelajuan cahaya. Pastu terpampang la satu perkataan yang amat menakutkan ... " Operating System not Found " ..
What The Cat???? sejak bile plak aku pandai delete sistem tanpa sedar ni?? Brader x tau ape punca masalah ni , jadi Brader pun bukak la PC kt Ruang tamu sane... dah berapa zaman ntah Brader x guna PC... Rasa lain gile , dengan takde touch pad utk mouse nye.. huhuhu.....

Pastu brader google lah forum2 tentang masalah yg brader hadapi skg ni.. bace punye bace, brader dapat wat kesimpulan bahawa mungkin laptop brader kne virus ( sape suh x on firewall, kan dah kena ).

So tadi , terpaksalah mengepau mak mintak modal utk format laptop kt kedai ( brader student lagi, mane ade duit sendiri XD ) .

Jadi, kalau lah situasi ni berlaku kt korang, brader ada sikit tips nk share,. ttg ape yg perlu korang buat.

1. Mula-Mula korang kne pastikan ape simptom2 masalah yang terjadi kt laptop korang . contohnya cam "blue screen" , ataupun lag teruk masa nk boot laptop korang. jadi korg boleh lah buat keputusan sama ada nk antar kedai atau nk repair sendiri ( format ).

2. Format sendiri.
Format sendiri ni senang je, kebanyakan org yg beli laptop baru, mesti akan beli CD windows original . Kebanyakan tau, bukan sume orang. Jadi, manual cara nk format pun pasti akan ada disediakan sekali.
kadang2, ade gak yg beli pirate cd. hehehe. RM12 je bese nye, tp pandai pakai pandai tanggung la ye XD
andai kata la lepas format pun , laptop korang masih bermasalah. ni bermakna , masalah bukan berpunca dari software laptop korang, kemungkinan besar masalah dari hardware, macam papan ibu ( motherboard ), Random Access Memory (RAM) atau pun , mungkin graphic card die rosak .

3. Antar kedai servis .
kalau laptop korang masih dalam warranty,. korang bernasib baik lah. tak perlu keluarkan duit sendiri utk repair laptop korang tuh . tp kalau lah, motherboard yg rosak , Brader sarankan, beli laptop baru je lah. lebih berbaloi. Harga pun dah lebih kurang je.



jadi, korang jangan bengang2 kalo laptop korang rosak. Dah jadi lumrah bagi pemilik laptop,. untuk mengalami semua ni .. brader pun dah rindu laptop brader ni ... sedihh woooooooo... harap2 la xde rosak yg serius... jgn kate motherboard yg rosak sudah lah....

Bersih Sampah Haram



KLANG: “Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram yang dibuang di kawasan lapang kira-kira 50 meter dari kawasan rumah,” kata Ahmad Shuib Ahmad Hariri, 33, semalam.
Menurut Ahmad Shuib, dia dan keluarga bukan saja menghidu bau busuk setiap hari, malah berdepan masalah langau dan agas akibat pembuangan sisa pepejal itu.

“Setiap kali mahu makan, kami ‘berperang’ dengan langau dan agas yang hinggap pada makanan selain pada pakaian yang dijemur di luar rumah.
“Saya risau sekiranya masalah ini tidak diatasi segera, ia akan memudaratkan kesihatan penduduk terutama anak kecil,” katanya.

Selepas beberapa kali membuat aduan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang mula membersihkan tapak longgokan sampah haram yang menghantui penduduk kampung.

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Persekitaran MPK, Azmie Muji berkata, kerja membersihkan tapak itu mengambil masa dua minggu.
Katanya, keseluruhan longgokan sampah dianggarkan berjumlah 50 tan hingga 60 tan akan diangkut serta dihantar ke pusat pelupusan sampah di Jeram, Kuala Selangor.

“MPK menggunakan satu jengkaut, tiga lori dan sebuah tong besar bagi mempercepatkan kerja pembersihan kawasan ini bagi mengelak timbul masalah lain seperti penyakit taun dan denggi,” katanya ketika ditemui di lokasi, semalam.
Sementara itu, jurucakap PTD Klang ketika ditemui berkata, 18 pemilik tanah berkenaan tidak dapat dikesan sehingga kini.

Katanya, meskipun mempunyai maklumat mengenai semua pemiliknya, mereka gagal dikesan berikutan alamat yang didaftarkan tidak wujud.

“PTD sudah mengeluarkan notis di Balai Penghulu Rantau Panjang supaya pemilik dapat melihat nama mereka. Jika pemilik masih gagal tampil selepas tempoh notis berakhir, kami mengeluarkan notis 8A dengan tanah mereka akan dirampas,” katanya.

"Rumah Bermasalah"


PUTRAJAYA: “Hampir dua tahun kami tinggal di sini, tapi rumah tak macam diharapkan. Jika hujan lebat, pasti banjir di dalam rumah, hinggakan nak tidur dalam bilik terpaksa tadah baldi,” kata Mohd Izwan Zakaria yang merungut masalah rumahnya di Puncak Saujana, Kajang, Selangor.
Beliau mendakwa, kebanyakan penghuni di 138 rumah di kawasan berkenaan menghadapi masalah itu sejak menerima kunci daripada pemaju pada Ogos 2010. “Ketika mula memasuki rumah, saya menghadapi masalah meter air tidak dipasang dan apabila mengajukan kepada pemaju mereka enggan memperbaikinya sehingga terpaksa mengadu kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). “Malah, ada penghuni yang menghadapi masalah seperti siling bilik air jatuh, dinding retak dan basah, walaupun ketika paip air tidak dipasang. Jadi, saya harap perkara ini diselesaikan segera,” katanya selepas menghadiri mesyuarat berkaitan ketidakpuasan hati terhadap mutu kerja serta Sijil Perakuan dan Pematuhan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini, semalam.

Lima wakil penduduk Taman Puncak Saujana menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Perumahan Negara Bahagian Penguatkuasaan KPKT selama dua jam itu. Turut serta wakil Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan pemaju perumahan berkenaan.
Mohd Izwan berkata, dia dan penduduk lain juga ragu terhadap beberapa dokumen berkaitan rumah berkenaan kerana tidak dinyatakan tarikh selepas ditandatangani.

“Disebabkan tidak berpuas hati dan ragu dengan perkara itu, kami membuat aduan kepada pihak berkaitan termasuk MPKj dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya segera menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Ibu dianiaya anak tiri


JOHOR BAHRU: Seorang wanita kini buntu kerana bakal kehilangan tempat tinggal selepas rumah dihuninya sejak sekian lama bakal dilelong dalam masa terdekat, gara-gara tindakan anak tirinya menggadai premis itu.
Malah Zahrah Mohamad, 71, berasal dari Taman Universiti di sini, mendakwa barang kemasnya bernilai RM5,000 turut dipajak oleh wanita itu, menyebabkan dia terpaksa membayar upah menyimpan barang lebih RM1,400 sejak dua tahun lalu. 
“Dia gadai rumah saya menggunakan nama adiknya, akibatnya kini nama adiknya disenaraihitamkan oleh institusi kewangan dan saya pula bakal kehilangan rumah yang dihuni sejak sekian lama,” katanya yang kematian suami setahun lalu.

Zaharah berkata, selepas tidak sanggup membayar upah simpan barang kemas yang digadai sebanyak lebih RM200 sebulan sejak dua tahun lalu, dia cuba menebus semula barangan itu tapi gagal kerana gadaian dilakukan atas nama anak tirinya yang berusia 40-an itu.

“Saya kini tidak mampu meneruskan pembayaran dan mahu menebus barangan kemas berkenaan tapi pengurusan bank tidak boleh membantu kerana barangan dicagarkan menggunakan nama anak tiri saya.

‘Saya sayangkan barang kemas itu kerana itu sajalah harta dikumpul hasil saya bekerja kilang ketika muda. Bukan itu saja, apa membuatkan saya buntu ialah rumah yang saya duduk sekarang juga bakal dilelong bank dalam masa terdekat,” katanya. 

Lelaki Cari Adik Maut Dirempuh Komuter


SHAH ALAM: Hasrat seorang lelaki yang mahu mencari adik kandungnya tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh komuter dalam kejadian di Seksyen 15, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa mencari adiknya sejak dua minggu lalu berdasarkan maklumat yang diperoleh dari seorang pemandu teksi sekitar Shah Alam yang memaklumkan kepada polis sejurus selepas mayat mangsa ditemui.


Dalam kejadian 9.20 pagi itu, mangsa yang berusia 50-an dipercayai berasal dari Ladang Raja Musa, Kuala Selangor.

Setakat ini, identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui polis di tempat kejadian.


Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, kejadian berlaku di Kilometer 22.5 membabitkan komuter dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Pelabuhan Klang.


Katanya, pemandu menghentikan komuter secara mengejut selepas menyedari seorang lelaki melintasi landasan berkenaan walaupun hon kecemasan sudah dibunyikan beberapa kali, namun tidak diendahkan. “Sejurus selepas kejadian, pemandu komuter berkenaan memaklumkan kejadian kepada pihak KTMB sebelum kami menghubungi polis dan bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Saksi kejadian, Mohd Zul Hazlin Sameon, 19, berkata ketika kejadian dia mengawal di pintu belakang kilang apabila dia nampak komuter berhenti secara tiba-tiba.


Katanya, apabila komuter perlahan, pemandu terbabit menunjukkan sesuatu ke arah belakang komuter.

“Saya pergi dekat pagar untuk periksa apa yang ditunjukkan pemandu berkenaan, tapi saya tidak nampak apa-apa.


“Saya hanya sedar ada orang dilanggar komuter sebaik nampak kereta peronda polis datang dan beberapa anggota polis memasuki kawasan landasan,” katanya yang juga pengawal keselamatan di kilang berhampiran. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa disahkan mati di tempat kejadian kerana parah di kepala, pinggang dan kaki. Kes kemalangan berkenaan disiasat sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat.


Zahedi berkata, sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk memberi maklumat.

sumber

Dua sahabat maut


GEORGETOWN: Anggota polis trafik terpaksa mengutip cebisan otak dua sahabat yang maut selepas motosikal ditunggangi terbabas sebelum kedua-duanya digilis kenderaan lain dipercayai lori dalam satu kemalangan ngeri di Sungai Nibong, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, dua sahabat terbabit, Mg Ye Paing, 19, dan Thn Toe Naing, 18, kedua-duanya warga Myanmar dikatakan dalam perjalanan dari Georgetown ke tempat kerja mereka di kawasan Bayan Lepas.

Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan sebelum terbabas dan kedua-duanya terjatuh.
Ketika itu, sebuah lagi kenderaan tidak sempat mengelak dan terus menggilis badan dua sahabat terbabit menyebabkan kepala kedua-duanya pecah dan otak bersepai.

Mangsa maut dengan keadaan muka tertiarap dan terseret di atas jalan dan mayat mereka berhampiran antara satu sama lain.

Orang ramai yang pada mulanya berhenti untuk melihat kemalangan itu juga dilihat meneruskan perjalanan kerana tidak sanggup menatap keadaan mayat yang ngeri itu.
Difahamkan, ketika kemalangan tidak banyak kenderaan melalui jalan berkenaan dan dua mangsa terbabit kemungkinan menunggang motosikal dengan laju.

Tinjauan di lokasi kemalangan mendapati anggota trafik bertugas terpaksa mengutip cebisan otak dua mangsa berkenaan yang dilihat terkeluar daripada tempurung kepala masing-masing.
Pasukan bomba kemudian menggunakan tekanan air untuk mencuci kawasan itu yang dipenuhi darah dua mangsa terbabit.

Difahamkan, seorang pemandu lori membuat laporan berhubung kemalangan terbabit dan polis sudah mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din mengesahkan kemalangan itu.

“Kami menahan seorang lelaki dan mengambil keterangannya selepas dia membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya dan setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mayat dua mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat,” katanya.

Sayang bapa, ugut ibu


ARAU: Seorang anak tergamak mengugut menyembelih dan membunuh ibu kandungnya sendiri menggunakan parang selepas berang kerana mangsa dikatakan menjadi punca bapanya terbabit dalam kemalangan jalan raya, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 49 tahun dituduh suspek berusia 29 tahun bersalah kerana menjadi punca kejadian kemalangan parah yang menyebabkan bapa suspek yang juga suami mangsa terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini. 
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya di Pida 4, Tambun Tulang, di sini, bersama adik suspek berusia 23 tahun serta dua jirannya sebelum didatangi suspek yang kelihatan tergesa-gesa sambil membawa sebilah parang.

“Suspek kemudian menyerbu masuk ke dalam rumah sebelum menyerang mangsa dengan memeluknya dan mengacukan parang ke lehernya sambil memaki hamun ibunya.

“Tindakan anak lelakinya itu dipercayai dilakukan selepas dia berang dengan ibunya yang dikatakan menjadi punca kepada kemalangan yang menimpa bapanya.