Pages

Ads by Nuffnang

Sunday 22 April 2012

Ciri-Ciri Lelaki Yang Dijauhi Wanita


1. Terlalu kedekut


 – lelaki camnie bahaya jugak nie. Ala-ala Tn. Hj. Bakhil macam dalam citer Labu-Labi tue la katakan:-) Actually, tak salah kalau you simpan duit sebab nak tukar kereta baru ker, rumah baru ker (jangan tukar bini baru, sudah:-p) Cuma jangan terlalu kedekut la sampaikan setiap kali keluar dengan si buah hati, si dia pulak yang kena bayar untuk segala-galanya. Tak adillah namanya tu kan? Anyway, kalau anda tengah saving pun, harap-harap ada la sikit bajet untuk digunakan semasa keluar dating, kan?






2. Hipokrit

– ataupun suka berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar… and then it’s up to the lady whether to accept you or not, right?






3. Perasan hensem

– hoho… ada ke lelaki camnie? Jawapannya… ader! Mungkin jugak jejaka yang mengaku hensem tu memang betul-betul hensem:-) Kalau iye pun, janganlah pulak anda menunjuk-nunjuk dengan anugerah yang diberi Allah s.w.t. tue. Bersyukurlah dengan aset yang anda miliki dan jangan menyalahgunakannya. Satu yang perlu anda tahu, mungkin anda perasan anda hensem, tapi bagaimana pulak di mata orang lain? Anyway, kehenseman seseorang tidak dapat menjamin kebahagiaan…beb!






4. Playboy –

 ah ha… wanita kena berjaga-jaga sikit dengan lelaki playboy atau ‘land croc’ aka buaya darat’ nie.. huhu. Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…






5. Tak gentleman

- penulis bukan maksudkan ‘lelaki lembut’… sebaliknya istilah ‘gentleman’ tu bermaksud lelaki budiman. So, jangan salah faham pulak..:-) Sesetengah orang kata lelaki Malaysia nie ramai yang tak ‘gentleman’… betul ker? Cuba tanya diri sendiri soalan2 nie: Ketika tengah berasak-asak untuk naik bas, anda pun turut berasak sama ke atau bagi peluang kepada wanita dan golongan tua naik dahulu? Pernah tak anda membuka pintu kereta untuk teman wanita/isteri anda? Anda pernah ‘offer’ untuk angkat barang-barang ketika shopping? Ketika berjalan bersama-sama, anda akan pimpin tak tangan orang kesayangan anda? Ke anda just jalan terus jer…hinggakan jika kekasih terjatuh ke dalam lubang pun… korang tak sedar…Hmmm… bagaimana? So, guys… belajar2 lah untuk menjadi seorang lelaki budiman. Gerenti ramai wanita yang akan tertarik pada anda nanti!

Mangsa Didera Teman Lelaki Ibunya Stabil





KUALA TERENGGANU - Kanak-kanak malang yang dipercayai mangsa penderaan teman lelaki ibunya selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan pada otak mangsa petang semalam.

Mohd Danish Aiman Abdullah, tiga tahun kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata pihaknya masih giat mengesan suspek berumur 31 tahun yang merupakan teman lelaki ibunya yang berasal dari Kampung Tualang, Manir, di sini.

Pihaknya percaya suspek yang tidak bekerja itu telah menghilangkan diri dan bersembunyi setelah mengetahui pihak polis sedang memburunya.

"Setakat ini kita telah menjalankan siasatan dan turut mengambil keterangan ke atas beberapa orang termasuk ibu mangsa berumur 22 tahun namun belum menemui petunjuk di mana suspek bersembunyi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat berkaitan suspek yang bernama Azhar Jusoh, dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Kanak-kanak itu koma setelah dipercayai didera dengan ditampar oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham di antara ibu mangsa dengan lelaki berkenaan di rumah milik keluarga suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - Bernama




Sumber

Pengakuan Aznil Haji Nawawi Tentang Sejarahnya Dengan Zizan Razak

Bagi yang menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) pada beberapa minggu yang lalu, pasti anda agak terkejut dengan tindakan Aznil yang tiba-tiba naik ke pentas untuk menyerahkan trofi Pengacara Lelaki Popular ke tangan pemenangnya, Zizan Razak.  Tindakan spontan Aznil itu selain mendapat reaksi positif, ia juga mengundang kata-kata nakal yang menganggap dia berlagak ‘diva’ dan tidak menghormati majlis.
Sebelum ini Aznil atau panggilan mesranya Pak Nil telah pun tampil memberi penjelasan berhubung isu ini. Jelas personaliti Astro ini dia bertindak demikian bukan kerana tidak boleh menerima kekalahan atau tidak menghormati majlis. Sebaliknya tindakannya itu dipacu oleh perasaan sangat gembira kerana akhirnya ada pengacara baru yang berjaya merampas trofi daripadanya.
Kelmarin, Pak Nil sekali lagi berkongsi cerita tentang perasaan dan pandangannya terhadap Zizan. Menurut pengacara Macam-Macam Aznil ini, salah faham mungkin timbul kerana ramai yang tidak tahu sejarah atau sejauh mana  hubungannya dengan Zizan.
“Sebenarnya orang tak tahu sejarah saya dengan Zizan. Mungkin sebab itu mereka salah faham. Sebenarnya saya dan Zizan mempunyai hubungan yang sangat baik. Ketika dia ditawarkan menjadi pengacara Melodi, Zizan telah menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat.
Ketika itu, dia tidak pasti sama ada mahu menerima tawaran itu atau sebaliknya. Tetapi, saya telah nasihatkan dia supaya rebut peluang yang ada kerana saya yakin dia boleh melakukannya. Selain itu, saya juga yakin pihak produksi percaya dengan bakat dia.
Saya cakap pada Zizan, ini adalah peluang terbaik untuk dia mencapai sesuatu yang besar dalam kariernya. Memang dia adalah seorang pelawak, tetapi dalam masa yang sama, dia juga berpotensi menjadi pengacara yang bagus. Atas nasihat saya itu, Zizan memberanikan diri menerima tawaran itu dan syukur terbukti kini dia menjadi pilihan penonton,”ujar Aznil panjang lebar.
Sementara itu, Aznil juga mendedahkan dia sebenarnya sudah lama ingin menarik diri daripada ABPBH. Ini kerana dia ingin memberi laluan kepada bakat-bakat baru. Namun, hasratnya itu sering kali tertangguh kerana pihak penganjur mahu dia turut memeriahkan acara hiburan itu.
“Sejujurnya, saya sudah beberapa kali menyuarakan hasrat saya untuk menarik diri. Namun, mereka (pengurusan Berita Harian) memujuk saya supaya sama-sama memeriahkan acara. Oleh kerana saya menghormati penganjur dan peminat yang tidak jemu memberikan sokongan, saya terus bersama ABPBH. Kehadiran saya pada setiap tahun bukanlah mengharapkan kemenangan, tapi sekadar memberi sokongan dan ingin melihat ada individu lain yang naik ke pentas,” ulas Aznil.


Negara-negara Yang Mempunyai Sambungan Internet Paling Laju


Negara-negara Yang Mempunyai Sambungan Internet Paling Laju



1. Switzeland
Sebuah negara Eropah yang terkenal dengan jam yang mempunyai kualiti ini mempunyai kepantasan capaianpada purata 7.3 Mbps.Pada kelajuan sebegini ianya cukup pantas walhal pengguna internet berada dalam lingkungan 5.8 juta pengguna

2. Republik Czech
Republic Czech memiliki kepantasan capaian internet pada purata kelajuan 7.4 Mbps dan ianya sebuah negara yang cukup maju dalam aktiviti perhubungan kerana negara ini mempunyai pelanggan Wi Fi terbanyak di Eropah

3. Latvia
Walaupun ia adalah sebuah negara yang kecil namun penduduk negara ini berpuas hati dengan kelajuan internetnya dan menurut Akamai kelajuan internetnya pada sekitar purata 8.2 Mbps

4. Belanda
Adalah tidak menghairankan bagi sebuah negara maju seperti Belanda yang lebih di kenali dengan negara Kincir Angin dengan purata 8.5Mpbps.Kebanyakan penduduk di Belanda mempunyai akses kepada Internet iaitu pada sekitar 92%.

5. Jepun
Negara yang di kenali dengan pelbagai gelaran seperti Negara Matahari terbit dan ada juga menggelarnya Negara Sakura memang terkenal dengan kemajuan teknologinya dan bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka juga mempunyai kelajuan internet pada sekitar 8.9 Mbps

6. Hong Kong
Negara yang merupakan sebuah negara bekas Wilayah China ini mempunyai pengguna internet sekitar 4.9 juta.Dan rakyat Hong Kong ternyata mereka pasti berpuas hati dengan kelajuan internet pada sekitar 10.3 Mbps

7. Korea
Rakyat di negara Korea pasti berbangga kerana mereka adalah negara yang mempunyai kelajuan internet yang paling pantas.Dengan kemudahan internet yang disediakan kerana kelajuan internet di sini cukup mengkagumkan iaitu pada sekitar 13.8 Mbps


Sumber

Panik Chord




intro
C# B E
A  B  C#  E             
C                A
Mereka mengatakan dunia
F#                                 B        
 Penuduhan membabi buta
C#                 A
Sebalik sentiasa ada makna
 E                             B
Konspirasinya
 A
 Kini aku diperhati
 C#
Kanan kiri diawasi
Ab
Ancaman mereka tiada henti
B
Aku hadapi
C#                                B        
Biarkan ku pergi juang
E                                              A
Bertetangan terus dan mati
c#        Ab                                A B 
Satu dunia cinta bersedia
C#                               B         
Biarkan ku pergi juang
E                                    A       
Rasa yang kita idamankan
C#                           Ab            F#
 Satu dunia sudah bersedia
 Sudah bersedia
A  B  C#  E
A  B  C#
C#             B A   
Reformasi mana sakti
                                B
Sini semua beraksi
 A                  E   B   A
Ancaman mereka tiada makna

A                             
Kini aku dipenuhi

C#
 Bayang dipancari benci
F#
Ancaman mereka tiada henti
 B
Aku selami
C#                                B        
Biarkan ku pergi juang
E                                              A
 Berkorban dan terus mati
C#             Ab                          A B
 Satu dunia sudah bersedia
C#                              B          
Biarkan ku pergi juang
E                                    A       
 Rasanya kita ditemankan
C#           Ab                            F#
 Satu dunia sudah bersedia
*SOLO*
(BRIDGE = SINGLE STRUM )
A              B  C#      
Ku selalu berasingan jauh
A              B       C#
Dan ku biarkan mulut celakamu
A              B     C#
Kan ku tunggu tunggu kebenaran
                   A              B          
Ditentukan padaku padamu
B                                   C#     
Pada mereka yang setuju
C#                               B         
Biarkan ku pergi juang
E                                  A
Berkorban dan terus mati
C#           Ab      A  B
Satu dunia sudah bersedia
C#                              B
Biarkan ku pergi juang
E                                 A
Rasanya kita ditemankan
C#             Ab       F#
Satu dunia sudah bersedia

Dadah Dalam Biji Gajus



gambar :Siti Baya menunjukkan biji gajus yang betul (kiri) dan biji gajus yang diperbuat dari plastik yang mengandungi dadah

SEPANG: Masukkan dadah dalam biji gajus plastik menjadi taktik terbaru dikesan kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, berikutan tertangkapnya seorang pemuda warga India, Khamis lalu.
Kes itu antara tiga tangkapan berasingan dilakukan unit berkenaan membabitkan rampasan dadah bernilai RM1.41 juta dalam tempoh 10 hari sejak 10 April lalu.

Timbalan Pengarah Kastam KLIA, Siti Baya Berahan berkata, dalam kes pertama, seorang pemuda warga India berusia 23 tahun ditahan di Bangunan Terminal Utama KLIA pada jam 8.30 pagi sebaik melepasi kawalan kastam apabila tiba dari Chennai, India.
Katanya, suspek yang dua kali datang ke Malaysia sebagai pelancong hanya membawa sebuah beg tarik mengandungi beberapa helai pakaian serta beberapa bungkusan makanan seperti kacang dal, kacang kuda, kacang hijau dan lada kering India.

“Ketika begnya diimbas, kita dapati ada imej meragukan dan apabila diperiksa, beg itu mengandungi beberapa bungkusan makanan serta enam bungkusan seakan-akan biji gajus yang diperbuat daripada plastik dicampur dengan biji gajus asli.

“Pemeriksaan lanjut mendapati di dalam biji gajus plastik itu ada serbuk putih dan selepas diuji, ia positif dadah dipercayai jenis ketamin dengan berat kasar 9.557kg bernilai RM373,480.
“Biji gajus tiruan itu juga mempunyai lubang kecil dipercayai bagi memudahkan proses memasukkan dadah ke dalamnya sebelum disumbat dengan kapas bagi mengelakkan serbuk itu terkeluar,” katanya pada sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan di Kompleks Kastam KLIA, di sini, semalam.

Selain itu, Siti Baya berkata, pihaknya juga mengesan satu bungkusan mengandungi biji sagu tiruan dipercayai turut diisi ketamin dengan berat kasar 800 gram di dalam beg suspek.
“Suspek kini direman tujuh hari bermula kelmarin untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Merbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori,” katanya.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun ditahan di KLIA, 16 April lalu, selepas mendapati beg komputer riba dibawanya mengandungi imej meragukan ketika diimbas.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati satu ruangan khas di bawah komputer riba itu mengandungi serbuk putih kristal dipercayai dadah jenis methapetamin (syabu) dengan berat kasar 0.85kg bernilai RM212,500.

Menurutnya, suspek yang tiga kali masuk ke negara ini adalah pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur sejak Jun 2011.

Dalam kes ketiga, seorang lelaki warga Romania berusia 28 tahun yang pertama kali masuk ke negara ini ditahan jam 9.30 malam, 10 April lalu, sebaik cuba melepasi kawalan kastam.

“Suspek menaiki penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke KLIA. Ketika bagasinya diimbas, kami mendapati ada imej meragukan dan selepas pemeriksaan terperinci menemui satu ruang khusus di bahagian bawah beg untuk menyorokkan dadah.

“Kami berjaya menemui syabu dengan berat kasar 3.3kg bernilai RM825,000.

“Suspek ketiga-tiga kes kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Merbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori,” katanya.

Sementara itu, Siti Baya berkata, sehingga 20 April lalu, pihaknya berjaya melakukan lima tangkapan membabitkan rampasan dadah sebanyak 31.997kg bernilai RM3.68 juta, sementara enam suspek yang semuanya warga asing ditahan untuk disiasat dan dituduh di mahkamah.


sumber : Metro Online

Koleksi Cerita Lawak

Harga Sebentuk Cincin 

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".





Harta Karun Pak Pandir




Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

 Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya. 

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira. 

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis 

"BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!".



Sape Paling Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

Dua Sudu Tiga Kali Sehari

Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung... 

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop) 

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor. 

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari. 

Pak Pandir : Terima kasih. 

Seminggu kemudian….. 

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak? 

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…) 

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke? 

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor……. 

Doktor : Kenapa dengan sudu? 

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor! 

Doktor : ??????? 


Kata - Kata Seorang Motivator

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.

Pengawal Keselamatan Rogol Pelajar Dalam Kelas Kosong



REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama ­seorang pelajar asrama di ­sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu.
Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan.
Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima.
“Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan.
Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.

“Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan ­itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan ­reman dari 16 hingga 23 April ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.
Berita Dipetik dari Sinar Harian.

BraderGagak : macam2 hal la skg ni .. Tugas pak guard ialah jage keselamatan pelajar2 dalam sekolah. tp pak guard ni plak bleh wat hal . pecah amanah yg diberi. ingat, kite kena kerja dengan jujur dan amanah. rezeki kite tu kalau x amanah, x berkat tau.

Pelajar tendang guru



zaman sekarang ni , macam2 benda yg berlaku. Brader pun pelik. Kalau dulu, mak ayah siap suruh cikgu2 rotan anak dorg kalau ade buat salah. tapi sekarang ni , macam2.. Pelajar dah jadi kurang adab. Pelajar dah berani nk belasah cikgu dorg.. 

Kepada pelajar2 generasi skg ni . Hormat lah dengan guru korang. Kalau dorg  x mengajar korang , korang xkan jadi insan yang berguna di kemudian hari. ingatlah jasa dorg kepada korang.

Top 5 Jenama Gitar Paling Popular di Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sume.

Mesti ada pembaca blog ni yang minat main gitar kan? Mungkin ade gak yg dah pun berkecimpung dalam industri muzik sama ada indie ataupun mainstream. Dan mesti ade gak yg tertanye tanye, gitar ape yg best ea kalo nk beli? so hari ni Brader nk kongsi sket pasal 10 jenama gitar yg paling popular di dunia.


1. Fender

bagi yg dah biase gi jamming, mesti dah tahu dah , kompom dah tahu, Fender ni mmg gitar paling best nk main. terutamanya bagi yg baru nk menceburkan diri dalam bidang muzik. single coil pick up die mmg memudahkan bagi yg masih noob main gitar. hehe , sory.  Fender nye gitar ade macam2 model cam , Stratocaster, Telecaster, Jaguar, Jazzmaster dan jugak Mustang. Tapi , kalo Brader la, Brader pilih Stratocaster je. senang nak main. Almaklumlah , noob. korang bleh tgk produk2 Fender kt SINI


Brader tak tahu sangat pasal gitar ni , tapi brader suke sangat ngan design gitar yg kt atas ni . npk style gile kot. Member brader ade pakai gitar ni , tapi die rhythm guitarist dan bunyi pun agak sedap la. Epiphone ni pun ade byk gak model2 die , cam Archtop, Les Paul, SG dan macam2 lagi lah.
kalau nk tgk produk2 epiphone ni , bleh usha SINI

3. Jackson



Korang npk x betapa stylo nye design gitar ni ? Kalaulah brader dapat , mau tiap2 hari basuh ........


4. Ibanez 

Ibanez ni merupakan salah satu jenama paling femes kt Malaysia. Byk studio jamming akan gune gitar ni. Antara sebab lain adalah bunyi die yg garang and harga yg berpatutan. Kalau kt Malaysia, Ibanez G10 , adalah dalam RM900++ je harga die. Dan bagi sape2 yg memang berjiwa lead gitaris tu, silelah angkat gitar ni cepat2 ye. Kalau korang suke cipta solo lagu, mmg ibanez antara yg terbaik utk korang ( promo sket ).

5. Gibson


Gitar Gibson ni mampu mengeluarkan bunyi yg nyaring bile dipetik. tapi brader x penah lagi main gune gitar ni. Dengar cakap2 member aje. Tapi , berdasarkan gambar di atas, gibson mmg memberikan style yg unik pada gitar2 die. Kalo korang nk beli, beli yg bentuk V tuh. bleh la wat sidai baju. hahaha.. jgn marahhh :D


Jadi , agak2 bile nk angkat gitar sebijik due ?? Bleh belanje brader sebijik XD