Pages

Ads by Nuffnang

Monday 16 April 2012

Top 5 Motor Paling Laju Dalam Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca blog sekalian.

Mesti ada antara pembaca blog sekalian yang minat pasal motorsikal kan? Skg ni pun ramai manusia2 kt Malaysia yg suke merempit dan perasan macam motor dorg tu laju sangat. Macam motor rempit yg top2 kt Malaysia skg , Yamaha RXZ, 125-Z, 135 LC, Modenas Dinamik , Kawasaki 150 RR. Ramai duk kate, "wah laju gile lah moto kau, top speed 180 tuhh!!!" . tp tau x korang, meter motor kupcai macam motor2 yg tersebut di atas, x same pun ngan kelajuan sebenar seperti yg kite tgk tu. Tak paham ? Ok , kite bagi contoh , kite bandingkan moto RXZ , dengan kelajuan Kereta yg cc nye 1.0 macam Myvi . Kalau lah meter RXZ tu dah pecut 160 km/j , meter Myvi baru 140 km/j, beza kan? jadi kalau moto korang dapat 180 km/j tu x perlu lah nk bangga sangat, meter tu tipu korang je. Ok , kt sini Brader nk share sket pasal 5 motor paling laju dalam dunia ni. Dan kesemua motor2 tu adalah motorsikal berkuasa tinggi .


1. Dodge Tomahawak ( top speed : 560 km/j )
serius brader tgk moto ni cam moto perang. Camne seyh nk bawak moto ni . CC moto ni adelah 8277.00 ccm. gile besar. motor ni jugak dilengkapi dengan 10silinder  v-type 90 yg membuatkan kelajuan moto ni mencecah 560 km/j,, maksud nye kalau nk dari KL ke Penang, x sampai sejam je lah. tp ingat , kelajuan tu membunuh. kalau nk tgk specs moto ni lebih lanjut, bleh tgk kt SINI

2. Suzuki Hayabusa ( 397 km/j )

Suzuki Hayabusa ni mencatat kelajuan sehingga 397 km/j yang meletakkannya di tempat kedua motorsikal paling laju di dunia. Moto ni bercc 1340 cc . Moto ni jugak sangat terkenal dalam dunia permotoran , mmg ramai yg teringin nak pakai moto ni . Bagi yg nk tau specs moto ni dengan lebih lanjut, bleh tgk kt SINI

3. MTT Turbine Superbike Y2K ( 360 km/j ) 




moto ni dilengkapi dengan enjin Rolls Royce Allison 250 series gas turbine yg mana memberi kuasa kepada moto ni untuk mendapat kelajuan sehingga 360 km/j .Transmisi moto ni adalah 2 Speed automatic . Kire cam geng2 skuter la ni . Boleh tgk spec penuh die kt SINI

4.Ducati Desmosedici RR ( 320 km/j )

 moto ni merupakan motor yg menduduki tangga ke empat motorsikal paling laju di dunia dengan kelajuan yg mencecah 320 km/j. Specs penuh : SINI

5. Honda CBR1100XX Blackbird ( 310 km/j )
moto ni dikeluarkan pada 1999 , dan masih lagi di nobatkan sebagai antara motor terpantas di dunia . dengan cc 1150 , motor ni mampu mencapai kelajuan sehingga 310 km/j. untuk speck penuh moto ni , bleh tgk SINI


So pasni , Brader arap xde la pembaca2 kt luar sane yg still bangga dengan kelajuan moto masing2 yg tak seberapa tuh . Brader nasihat nih. lagipun , speed limit kt Malaysia ni 110km/j je , x payah nk bawak laju2. bawak dengan cermat dan berhati hati. sentiasa ingat org tersayang . tak payah la nk lumbe2 haram ni . tgk ikan lumba2 lagi bagus tau. comel pun comel .


Lepasan SPM . Matrikulasi, Asasi, Diploma, STPM ? mana hala tuju kamu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian.


Result Sijil Pelajaran Malaysia yg mana lebih dikenali sebagai SPM telah pun dikeluarkan tidak lama dahulu. mungkin ada lepasan SPM yg masih tercari cari hala tuju masing2. ade yg berfikir nk masuk matrikulasi, asasi , diploma, atau mungkin ada juga yg memilih untuk kembali ke bangku persekolahan iaitu dengan meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam.

Hari ni Brader nk cerita sedikit info tentang kategori2 tahap yg mungkin korang akan ambil lepas ni .


1. Matrikulasi .

matrikulasi merupakan salah satu pilihan yg dibuat oleh pelajar-pelajar lepasan SPM untuk meneruskan pengajian di peringkat yg lebih tinggi. Matrikulasi boleh dikategorikan sebagai jalan pintas untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Matrikulasi biasanya dijalani dalam tempoh satu (1) tahun , namun begitu, ada juga matrikulasi yg mengambil masa dua (2) tahun iaitu Program Dua Tahun ( PDT ) matrikulasi. mmg matrikulasi ni agak singkat, lepas je korang tamat matrikulasi, korang akan terus amek ijazah sarjana muda.. ada baik dan ada buruk nye program matrikulasi. yang jelas dan nyata , matrikulasi mmg akan menyingkatkan masa anda untuk menamatkan pengajian di dalam ijazah sarjana muda atau senang kate, degree. Tetapi, setiap sesuatu yang ade pro, tetap akan ada kontra dia. matrikulasi menggunakan sistem pelajaran yang tersangat laju. maklumlah, sukatan  3tahun nk dihabiskan dalam masa setahun je. mungkin bagi mereka yg dah biasa dengan sistem yg laju akan mampu untuk survive kat matrikulasi, tp ramai juga yg tak mampu nk meneruskan sisa sisa hidup mereka di matrikulasi. antara lain kontra matrikulasi ni , ialah , sijil yg diperolehi hanyalah tiket untuk masuk degree. tak boleh digunakan untuk cari kerja. biarpun pointer korang 4 flat, tetap tak laku sijil matrikulasi untuk digunakan mase nk cari kerja. Dan ade gak kes2 di mana , pelajar matrikulasi tak dapat meneruskan pengajian ijazah dalam bidang yang mereka suka. contoh macam kes "course lelong" . tetapi kes ni sebenarnye disebabkan oleh pelajar matrikulasi yang main2 mase belajar. jadi dorg x dapat pointer yang cukup untuk masuk ke pengajian ijazah pilihan diorang .

2. Asasi

Asasi ni sistem dia lebih kurang macam matrikulasi jugak. tapi beza nya adalah, asasi ni lebih spesifik kepada  jurusan yang nak di ambil. contohnya macam asasi kejuruteraan. jadi korg akan sambung ijazah pun dalam bidang kejuruteraan lah jugak. tp sama cam matrikulasi , kalo pointer x cukup, x dpt la sambung ijazah.

3. Diploma

Diploma ni merupakan program pengajian yang agak panjang masanya. ade yang sampai 3 tahun dan ada kes kes tertentu dorg kne extend sampai 8 sem atau 4 tahun . lepas tu dorg akan sambung ke peringkat ijazah . Ada institut pengajian yang memendekkan pengajian, macam UiTM. Sistem UiTM ni , diploma 3 tahun dan ijazah 2 tahun setengah. jadi total sume 5 tahun setengah. berbeza dengan beberapa Universiti lain , yang mana ada diploma 3 tahun , dan ijazah 4 tahun . total 7 tahun . tapi, pengajiannye agak mudah dan lebih santai berbanding asasi dan matrikulasi. sijil diploma jugak boleh digunakan untuk buat carik keje. jadi kalau nk habiskan tahap diploma pun x pe, tapi time nk cari keje kene keje pada tahap yang rendah dulu lah. tapi takpe, orang nak naik tangga naik satu2. xde yg melompat terus ke puncak, betul x?

4. Tingkatan 6

tingkatan 6 ni merupakan satu pengajian yang agak popular la jugak. terutama bagi mereka yg tidak diterima ke universiti. jadi dorg akan amek tingkatan 6 ni untuk ke universiti bagi ijazah. tingkatan 6 akan diambil dalam masa 2 tahun. dan sijil tingkatan 6 iaitu STPM, boleh jugak digunakan untuk carik keje .

5. Sijil & Pra diploma

sijil dan pra diploma ni biasa nye bagi mereka2 yg dapat keputusan SPM yg kurang memuaskan tp taknak masuk tingkatan 6. Sijil dan pra diploma biasanye dalam setahun setengah, dan apabila tamat pengajian sijil atau pra diploma, korang akan menyambung pengajian dalam bidang diploma pulak.


Jadi bagi adik2 yg baru dapat result tu, fikir masak2 dulu baru buat keputusan . tengok pro dan kontra setiap program pengajian. jangan ambil tindakan melulu. brader sendiri buat diploma dulu sbb takut tak dapat kejar silibus asasi . semoga berjaya diucapkan kepada semua. Assalamualaikum.

Buat Duit Tanpa Modal secara Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca sekalian . :)

spt yg kite sedia maklum, skg ni musim cuti bagi student2 IPTA terutamanya bebudak diploma UiTM.. so , rase nye masing2 dah tahu yang musim cuti ni mmg musim "poket kering" . almaklumlah , duit PTPTN pun dah habis gune buat beli i-Pad ( kpd yg terasa , jgn marah tau , 2kali5 je kite ni ) .

ade yg duk cari kerja sambilan untuk tampung perbelanjaan sem seterusnya, especially budak2 yg dapat tajaan JPA, maklumla, tgh2 sem baru nk masyuk sket kan .

so, kt sini , Brader Comot nk kasi korang satu peluang untuk buat duit secara online, x tau la ade yg percaya atau tak.

antara peluang buat duit yg Brader nk bgtau kt korg adalah melalui Say.my dengan churpchurp.
bg yg tak tau  lagi , Says.my ni sebenarnye adelah satu group yang bayar mereka2 yg share kempen dorg melalui medium2 maya mcm Facebook ngan twitter. serius ckp, mmg x rugi kalau cube benda ni. terutama sekali mereka2 yg kaki online tu. sngt2 lah berbaloi. bukan susah pun , korg share kempen yg di sediakan , ade org klik dan view, korg dapat duit. Tp bukan lah korg join terus dapat. mesti macam2 korg akan terfikir, " betul ke dapat duit ni ", bleh caye ke brader ni merepek?" , " ntah2 ni scam ke ape ke". ok, korg perlu tau, dorg ni wat advertising, n pengiklanan dorg bukan nye jenis iklan2 kampung, iklan dorg ni iklan2 syarikat2 besar tau.

Brader akan cerita kan secara ringkas lah prosedur die .

ni untuk Says.my saje ye.


1. Mula-mula, korang daftar dulu , klik kt SINI.


2. pastu korg akan di directkan kepada homepage die, kt situ akan ade button " Create new account " atau " Sign In" .

3. bagi yg xnak susah2 , ape kate klik je sign in tu, n korg akan sign in gune facebook profile korg.

4. lepas tu korg akan di minta untuk allow says.my tu access fb korg. jgn risau, dorg akan access fb korg hanya untuk post pasal kempen2 yg ade mase korg x gune application tu. so senang sket keje korg.

5. bile korg dah siap dah sign in, korg bleh mule share2 kempen tu , n korg bleh mula lah kumpul duit. tp kalo bleh jangan la paksa kawan2 korang view plak page yg korg share tu . mintak ngan dorg elok2.

6. bile korg  nye kumpulan duit tu dah cukup RM 50 baru korg bleh cash out duit korg. btw, satu view akan dapat rm 0.20 je . so kalo ade 5 view ? RM 1 .. kalau 50 view? rm 10 . then korg share la byk2 .

jadi, kt situ je lah, moga2 korg dapat kumpul duit seberapa banyak yg mungkin k?


selamat mencuba :)