Pages

Ads by Nuffnang

Wednesday 2 May 2012

Surat Berantai - bleh caye ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtara.
ok entry kali ni brader nk kongsi pengetahuan brader tentang satu isu yg pernah hangat beberapa tahun dahulu.


Surat berantai 


ni contoh surat berantai yg pernah Brader dan beberapa org kawan brader terima,.


For Muslim Only !!

Nak baca baca, tak nak baca tutup terus! Ada penjaga makam nabi, setiap hari ia membaca sholawat & Surat Yasin, Ia tertidur & bermimpi Rasulullah datang kemimpi dia & berkata ''60.000 orang Islam Meninggal Tanpa Beriman''
percayalah dengan ini..!
... ada lelaki mencari jodoh, selepas dia menerima pesan ini dia sebarkan pesan ini & dia dapat jodoh.
... ada lagi orang sakit parah & dia menerima pesan ini tapi dia tidak percaya, bertambahlah sakitnya, setelah ia percaya sakit nya pun sembuh..
Sebarkan pesan ini ke-30 orang islam, kamu diberi waktu 4 hari, percayalah & hajatmu kn tercapai.Amin !!!



OK. Brader pernah tanye kt ustaz . Ape hukum kite sebar benda ni. Ustaz Brader kate, surat2 berantai ni sebenarnye  dulu adelah agenda Yahudi. Mmg tak salah kita nk sebarkan sbb mengingatkan. Tapi PERHATIKAN dahulu kandungan surat tu. Banyak surat berantai yg akan tulis line ni " sebarkan kepada 10 orang rakan, kalau tidak musibah akan melanda kepada anda. Jika disebarkan insyaAllah akan mendapat khabaran baik dalam masa 2 jam."


OK, kt sini kite kene paham satu benda. Benda yg sangat simple. HANYA ALLAH s.w.t yg berkuasa memberi rezeki, memberi musibah dan memberi segalanya kepada hambaNya. Andai kata lah, kite percaya bahawa kalau x sebar surat tu kite akan dapat musibah, AWAS!!! Akidah kite mungkin akan terpesong. Tapi jangan la kate org yg sebar surat ni kafir plak. Sape kite nk hukum2 org? Kite takde hak nk tentukan dosa pahala orang. Tapi kite harus saling mengingatkan.


Ok, berbalik kepada surat tu lagi sekali. Kite pun x pasti sama ade betul atau tak Penjaga Makam Rasulullah S.A.W tu betul2 bermimpikan baginda. Tapi nasihat yg diberi tu mungkin betul. wallahualam, kite tak tahu. pengetahuan kita hanya terbatas. hanya Allah sahaja yg mengetahui segalanya. Andai kata nk sebarkan surat tu, buang la ayat "Sebarkan pesan ini ke-30 orang islam, kamu diberi waktu 4 hari, percayalah & hajatmu kn tercapai.Amin !!!". Takut terpesong plak akidah kita. Tapi kalau kita ragu2 atau was2 lebih baik jangan sebarkan. Cukup lah sekadar kita simpan sebagai peringatan kpd diri sendiri. 


Selain tu, ada satu hujah yg cukup kuat untuk kita utarakan. " wahyu terakhir hanya diturunkan sewaktu Rasulullah masih hidup. Dan baginda merupakan rasul yg terakhir". makna nya kt sini, takde nabi atau Rasul dah lepas baginda wafat. 


jadi kt sini brader nk pesan sekali lagi, jangan lah kite terima sesuatu tu membuta tuli. Pastikan kita ikut setiap rujukan dari Al-quran dan as-sunnah. Barulah kite bleh terima. Rujuk kpd org yg lebih pandai. Ni sume hanya berpandukan dari apa yg brader tahu sahaja. Mungkin ada silap, kalau ade yg lebih mengerti , boleh lah same2 kongsi pengetahuan. 


p/s : Di kesempatan ni, marilah kita berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Semoga kita dapat berlindung di bawah syafaat baginda di hari akhirat kelak. Amin.


Kucing Manx , si comel berekor kontot


Kucing ‘Manx’

‘Eh, kesiannnya kucing ni, gambar dia pon kena edit’ .. Kalau korg fikir macam tu, korg salah. Kucing ini adalah kucing betul. Bukan hasil editing. Kalau korg nak tahu, kucing ini adalah hasil daripada mutasi genetik  yang berlaku pada kucing tersebut.

Manx gene, adalah merupakan gene yang dominan (M) dimana gene tersebut akan memendekkan tulang belakang kucing. Gene tersebut akan memberi kesan yang berbeza kepada setiap kucing yang memiliki gene itu.

 Antara variasi- variasi nya:
  • The rumpy – kucing yang tiada ekor.  

  • The stumpy – kucing ni pulak mempunyai ekor sepanjang 1-5 inci sahaja.

  • The longy – kucing yang mempunyai panjang 5 inci, tetapi lebih pendek dari panjang ekor kucing yang normal.


'The Manx gene is also semi-lethal which means that no kitten who inherits this gene from both parents will ever survive. Normally these kittens are never born - they are broken down inside the womb before birth, however occasionally this does not happen and the kittens are either still born or die within a couple of hours of birth.'
'

ni plak kucing brader. die ni dulu suke sangat tgk cite simba the king lion tu. sbb tu asik perasan jadi singa je . XD


sumber : lect note budak microbiology 

Undang-Undang pelik di seluruh dunia


Assalamualaikum dan slam sejahtera
Sebagai manusia, kita boleh hidup tanpa undang-undang. undang-undang dicipta agar dapat mengawal manusia daripada menyimpang dari jalan hidup. Tapi , ada jugak undang2 yg pelik kat dunia ni. Nak tahu ape undang2 tu? teruskan membaca entry ni :)

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.
SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.
KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.
SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.
UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.
AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.
YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.
KANADA :
* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.
PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.
ISRAEL :
* Dilarang memelihara **** di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
AMERIKA ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.
ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.
ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.
CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.
CONNECTICUT :
* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.
FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.
WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.
MALAYSIA :
* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang
Well, tapi aku rasa ada istilah “Rules are make to be broken”.. Haha.. Ke, istilah tu wujud sebab ada undang-undang pelik sebegini? Apa kata korang, pelik ke undang-undang ni?

Dua Pisau Bunuh Ayah




IPOH: Seorang remaja lelaki menikam perut dan dada ayahnya dengan dua pisau hingga mati sebelum membuat laporan polis palsu kononnya mangsa diserang perompak yang memecah masuk rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, awal pagi semalam.
Suspek terbabit berusia 15 tahun yang juga anak sulung mangsa turut menyelerakkan perabot dalam rumah supaya kejadian itu kelihatan seperti rompakan.
Sumber polis berkata, mangsa seorang jutawan syarikat kayu dikenali sebagai Jaswant Singh Udan Singh, 40, dan kejadian berlaku jam 1.30 pagi.

Menurutnya, suspek yang masih bersekolah di tingkatan tiga itu membunuh ayah kandungnya kerana berang dengan sikap mangsa yang sering memukul ibunya.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek tinggal berdua di rumah teres dua tingkat itu manakala isteri mangsa, Kamaljit Kaur, 35, serta seorang lagi anak berusia 13 tahun berada di rumah ibu mentuanya.



bradergagak : ape nak jadi lah zaman sekarang, ayah sendiri pun sanggup di bunuh.. kpd semua pembaca , ingatlah, ibu bapa kita perlu dihormati..sayangi mereka semua