Pages

Ads by Nuffnang

Wednesday 25 April 2012

Ibu dianiaya anak tiri


JOHOR BAHRU: Seorang wanita kini buntu kerana bakal kehilangan tempat tinggal selepas rumah dihuninya sejak sekian lama bakal dilelong dalam masa terdekat, gara-gara tindakan anak tirinya menggadai premis itu.
Malah Zahrah Mohamad, 71, berasal dari Taman Universiti di sini, mendakwa barang kemasnya bernilai RM5,000 turut dipajak oleh wanita itu, menyebabkan dia terpaksa membayar upah menyimpan barang lebih RM1,400 sejak dua tahun lalu. 
“Dia gadai rumah saya menggunakan nama adiknya, akibatnya kini nama adiknya disenaraihitamkan oleh institusi kewangan dan saya pula bakal kehilangan rumah yang dihuni sejak sekian lama,” katanya yang kematian suami setahun lalu.

Zaharah berkata, selepas tidak sanggup membayar upah simpan barang kemas yang digadai sebanyak lebih RM200 sebulan sejak dua tahun lalu, dia cuba menebus semula barangan itu tapi gagal kerana gadaian dilakukan atas nama anak tirinya yang berusia 40-an itu.

“Saya kini tidak mampu meneruskan pembayaran dan mahu menebus barangan kemas berkenaan tapi pengurusan bank tidak boleh membantu kerana barangan dicagarkan menggunakan nama anak tiri saya.

‘Saya sayangkan barang kemas itu kerana itu sajalah harta dikumpul hasil saya bekerja kilang ketika muda. Bukan itu saja, apa membuatkan saya buntu ialah rumah yang saya duduk sekarang juga bakal dilelong bank dalam masa terdekat,” katanya. 

Comments
0 Comments