Pages

Ads by Nuffnang

Monday 23 April 2012

Real Madrid benam Barcelona hampiri juara La Liga




CRISTIANO Ronaldo menjadi wira Real Madrid apabila menjaringkan gol kemenangan mengatasi pesaing terdekatnya, Barcelona pagi tadi (waktu Malaysia) untuk memperkukuhkan kedudukan bagi merampas juara La Liga pertama sejak 2008.
Real Madrid membuka tirai jaringan gol apabila Sami Khedira berjaya membolosi gawang untuk mendahului 1-0 pada minit ke-17.
Bagaimanapun pada babak kedua, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-70 menerusi Alexis Sanches.
Perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling mengasak antara satu sama lain.
Namun, bermain di tempat sendiri tidak memberi kelebihan kepada The Catalan apabila jaringan gol Cristiana Ronaldo pada minit ke-73 memberi kejutan kepada tuan rumah apabila tewas 1-2.
Dengan melengkapkan 34 perlawanan setakat ini, Real terus kekal di tanggan teratas La Liga dengan mengumpulkan 88 mata. Barcelona pula memiliki 81 mata.
Pada perlawanan ke-35, Real akan bertemu Sevilla manakala Barcelona akan bertemu Rayo Vallecano, minggu depan.
 
Comments
0 Comments