Pages

Ads by Nuffnang

Monday 16 April 2012

Lepasan SPM . Matrikulasi, Asasi, Diploma, STPM ? mana hala tuju kamu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian.


Result Sijil Pelajaran Malaysia yg mana lebih dikenali sebagai SPM telah pun dikeluarkan tidak lama dahulu. mungkin ada lepasan SPM yg masih tercari cari hala tuju masing2. ade yg berfikir nk masuk matrikulasi, asasi , diploma, atau mungkin ada juga yg memilih untuk kembali ke bangku persekolahan iaitu dengan meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam.

Hari ni Brader nk cerita sedikit info tentang kategori2 tahap yg mungkin korang akan ambil lepas ni .


1. Matrikulasi .

matrikulasi merupakan salah satu pilihan yg dibuat oleh pelajar-pelajar lepasan SPM untuk meneruskan pengajian di peringkat yg lebih tinggi. Matrikulasi boleh dikategorikan sebagai jalan pintas untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Matrikulasi biasanya dijalani dalam tempoh satu (1) tahun , namun begitu, ada juga matrikulasi yg mengambil masa dua (2) tahun iaitu Program Dua Tahun ( PDT ) matrikulasi. mmg matrikulasi ni agak singkat, lepas je korang tamat matrikulasi, korang akan terus amek ijazah sarjana muda.. ada baik dan ada buruk nye program matrikulasi. yang jelas dan nyata , matrikulasi mmg akan menyingkatkan masa anda untuk menamatkan pengajian di dalam ijazah sarjana muda atau senang kate, degree. Tetapi, setiap sesuatu yang ade pro, tetap akan ada kontra dia. matrikulasi menggunakan sistem pelajaran yang tersangat laju. maklumlah, sukatan  3tahun nk dihabiskan dalam masa setahun je. mungkin bagi mereka yg dah biasa dengan sistem yg laju akan mampu untuk survive kat matrikulasi, tp ramai juga yg tak mampu nk meneruskan sisa sisa hidup mereka di matrikulasi. antara lain kontra matrikulasi ni , ialah , sijil yg diperolehi hanyalah tiket untuk masuk degree. tak boleh digunakan untuk cari kerja. biarpun pointer korang 4 flat, tetap tak laku sijil matrikulasi untuk digunakan mase nk cari kerja. Dan ade gak kes2 di mana , pelajar matrikulasi tak dapat meneruskan pengajian ijazah dalam bidang yang mereka suka. contoh macam kes "course lelong" . tetapi kes ni sebenarnye disebabkan oleh pelajar matrikulasi yang main2 mase belajar. jadi dorg x dapat pointer yang cukup untuk masuk ke pengajian ijazah pilihan diorang .

2. Asasi

Asasi ni sistem dia lebih kurang macam matrikulasi jugak. tapi beza nya adalah, asasi ni lebih spesifik kepada  jurusan yang nak di ambil. contohnya macam asasi kejuruteraan. jadi korg akan sambung ijazah pun dalam bidang kejuruteraan lah jugak. tp sama cam matrikulasi , kalo pointer x cukup, x dpt la sambung ijazah.

3. Diploma

Diploma ni merupakan program pengajian yang agak panjang masanya. ade yang sampai 3 tahun dan ada kes kes tertentu dorg kne extend sampai 8 sem atau 4 tahun . lepas tu dorg akan sambung ke peringkat ijazah . Ada institut pengajian yang memendekkan pengajian, macam UiTM. Sistem UiTM ni , diploma 3 tahun dan ijazah 2 tahun setengah. jadi total sume 5 tahun setengah. berbeza dengan beberapa Universiti lain , yang mana ada diploma 3 tahun , dan ijazah 4 tahun . total 7 tahun . tapi, pengajiannye agak mudah dan lebih santai berbanding asasi dan matrikulasi. sijil diploma jugak boleh digunakan untuk buat carik keje. jadi kalau nk habiskan tahap diploma pun x pe, tapi time nk cari keje kene keje pada tahap yang rendah dulu lah. tapi takpe, orang nak naik tangga naik satu2. xde yg melompat terus ke puncak, betul x?

4. Tingkatan 6

tingkatan 6 ni merupakan satu pengajian yang agak popular la jugak. terutama bagi mereka yg tidak diterima ke universiti. jadi dorg akan amek tingkatan 6 ni untuk ke universiti bagi ijazah. tingkatan 6 akan diambil dalam masa 2 tahun. dan sijil tingkatan 6 iaitu STPM, boleh jugak digunakan untuk carik keje .

5. Sijil & Pra diploma

sijil dan pra diploma ni biasa nye bagi mereka2 yg dapat keputusan SPM yg kurang memuaskan tp taknak masuk tingkatan 6. Sijil dan pra diploma biasanye dalam setahun setengah, dan apabila tamat pengajian sijil atau pra diploma, korang akan menyambung pengajian dalam bidang diploma pulak.


Jadi bagi adik2 yg baru dapat result tu, fikir masak2 dulu baru buat keputusan . tengok pro dan kontra setiap program pengajian. jangan ambil tindakan melulu. brader sendiri buat diploma dulu sbb takut tak dapat kejar silibus asasi . semoga berjaya diucapkan kepada semua. Assalamualaikum.
Comments
0 Comments