Pages

Ads by Nuffnang

Wednesday, 2 May 2012

Surat Berantai - bleh caye ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtara.
ok entry kali ni brader nk kongsi pengetahuan brader tentang satu isu yg pernah hangat beberapa tahun dahulu.


Surat berantai 


ni contoh surat berantai yg pernah Brader dan beberapa org kawan brader terima,.


For Muslim Only !!

Nak baca baca, tak nak baca tutup terus! Ada penjaga makam nabi, setiap hari ia membaca sholawat & Surat Yasin, Ia tertidur & bermimpi Rasulullah datang kemimpi dia & berkata ''60.000 orang Islam Meninggal Tanpa Beriman''
percayalah dengan ini..!
... ada lelaki mencari jodoh, selepas dia menerima pesan ini dia sebarkan pesan ini & dia dapat jodoh.
... ada lagi orang sakit parah & dia menerima pesan ini tapi dia tidak percaya, bertambahlah sakitnya, setelah ia percaya sakit nya pun sembuh..
Sebarkan pesan ini ke-30 orang islam, kamu diberi waktu 4 hari, percayalah & hajatmu kn tercapai.Amin !!!



OK. Brader pernah tanye kt ustaz . Ape hukum kite sebar benda ni. Ustaz Brader kate, surat2 berantai ni sebenarnye  dulu adelah agenda Yahudi. Mmg tak salah kita nk sebarkan sbb mengingatkan. Tapi PERHATIKAN dahulu kandungan surat tu. Banyak surat berantai yg akan tulis line ni " sebarkan kepada 10 orang rakan, kalau tidak musibah akan melanda kepada anda. Jika disebarkan insyaAllah akan mendapat khabaran baik dalam masa 2 jam."


OK, kt sini kite kene paham satu benda. Benda yg sangat simple. HANYA ALLAH s.w.t yg berkuasa memberi rezeki, memberi musibah dan memberi segalanya kepada hambaNya. Andai kata lah, kite percaya bahawa kalau x sebar surat tu kite akan dapat musibah, AWAS!!! Akidah kite mungkin akan terpesong. Tapi jangan la kate org yg sebar surat ni kafir plak. Sape kite nk hukum2 org? Kite takde hak nk tentukan dosa pahala orang. Tapi kite harus saling mengingatkan.


Ok, berbalik kepada surat tu lagi sekali. Kite pun x pasti sama ade betul atau tak Penjaga Makam Rasulullah S.A.W tu betul2 bermimpikan baginda. Tapi nasihat yg diberi tu mungkin betul. wallahualam, kite tak tahu. pengetahuan kita hanya terbatas. hanya Allah sahaja yg mengetahui segalanya. Andai kata nk sebarkan surat tu, buang la ayat "Sebarkan pesan ini ke-30 orang islam, kamu diberi waktu 4 hari, percayalah & hajatmu kn tercapai.Amin !!!". Takut terpesong plak akidah kita. Tapi kalau kita ragu2 atau was2 lebih baik jangan sebarkan. Cukup lah sekadar kita simpan sebagai peringatan kpd diri sendiri. 


Selain tu, ada satu hujah yg cukup kuat untuk kita utarakan. " wahyu terakhir hanya diturunkan sewaktu Rasulullah masih hidup. Dan baginda merupakan rasul yg terakhir". makna nya kt sini, takde nabi atau Rasul dah lepas baginda wafat. 


jadi kt sini brader nk pesan sekali lagi, jangan lah kite terima sesuatu tu membuta tuli. Pastikan kita ikut setiap rujukan dari Al-quran dan as-sunnah. Barulah kite bleh terima. Rujuk kpd org yg lebih pandai. Ni sume hanya berpandukan dari apa yg brader tahu sahaja. Mungkin ada silap, kalau ade yg lebih mengerti , boleh lah same2 kongsi pengetahuan. 


p/s : Di kesempatan ni, marilah kita berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Semoga kita dapat berlindung di bawah syafaat baginda di hari akhirat kelak. Amin.


Kucing Manx , si comel berekor kontot


Kucing ‘Manx’

‘Eh, kesiannnya kucing ni, gambar dia pon kena edit’ .. Kalau korg fikir macam tu, korg salah. Kucing ini adalah kucing betul. Bukan hasil editing. Kalau korg nak tahu, kucing ini adalah hasil daripada mutasi genetik  yang berlaku pada kucing tersebut.

Manx gene, adalah merupakan gene yang dominan (M) dimana gene tersebut akan memendekkan tulang belakang kucing. Gene tersebut akan memberi kesan yang berbeza kepada setiap kucing yang memiliki gene itu.

 Antara variasi- variasi nya:
  • The rumpy – kucing yang tiada ekor.  

  • The stumpy – kucing ni pulak mempunyai ekor sepanjang 1-5 inci sahaja.

  • The longy – kucing yang mempunyai panjang 5 inci, tetapi lebih pendek dari panjang ekor kucing yang normal.


'The Manx gene is also semi-lethal which means that no kitten who inherits this gene from both parents will ever survive. Normally these kittens are never born - they are broken down inside the womb before birth, however occasionally this does not happen and the kittens are either still born or die within a couple of hours of birth.'
'

ni plak kucing brader. die ni dulu suke sangat tgk cite simba the king lion tu. sbb tu asik perasan jadi singa je . XD


sumber : lect note budak microbiology 

Undang-Undang pelik di seluruh dunia


Assalamualaikum dan slam sejahtera
Sebagai manusia, kita boleh hidup tanpa undang-undang. undang-undang dicipta agar dapat mengawal manusia daripada menyimpang dari jalan hidup. Tapi , ada jugak undang2 yg pelik kat dunia ni. Nak tahu ape undang2 tu? teruskan membaca entry ni :)

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.
SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.
KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.
SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.
UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.
AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.
YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.
KANADA :
* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.
PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.
ISRAEL :
* Dilarang memelihara **** di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
AMERIKA ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.
ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.
ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.
CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.
CONNECTICUT :
* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.
FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.
WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.
MALAYSIA :
* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang
Well, tapi aku rasa ada istilah “Rules are make to be broken”.. Haha.. Ke, istilah tu wujud sebab ada undang-undang pelik sebegini? Apa kata korang, pelik ke undang-undang ni?

Dua Pisau Bunuh Ayah




IPOH: Seorang remaja lelaki menikam perut dan dada ayahnya dengan dua pisau hingga mati sebelum membuat laporan polis palsu kononnya mangsa diserang perompak yang memecah masuk rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, awal pagi semalam.
Suspek terbabit berusia 15 tahun yang juga anak sulung mangsa turut menyelerakkan perabot dalam rumah supaya kejadian itu kelihatan seperti rompakan.
Sumber polis berkata, mangsa seorang jutawan syarikat kayu dikenali sebagai Jaswant Singh Udan Singh, 40, dan kejadian berlaku jam 1.30 pagi.

Menurutnya, suspek yang masih bersekolah di tingkatan tiga itu membunuh ayah kandungnya kerana berang dengan sikap mangsa yang sering memukul ibunya.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek tinggal berdua di rumah teres dua tingkat itu manakala isteri mangsa, Kamaljit Kaur, 35, serta seorang lagi anak berusia 13 tahun berada di rumah ibu mentuanya.



bradergagak : ape nak jadi lah zaman sekarang, ayah sendiri pun sanggup di bunuh.. kpd semua pembaca , ingatlah, ibu bapa kita perlu dihormati..sayangi mereka semua

Tuesday, 1 May 2012

Basic Members Yang Perlu Ada Dalam Sesebuah Band

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni brader nk cerita pasal band. Rasanya ramai yg dah tau pasal basic band ni . Tapi brader nak cerita bagi pengetahuan mereka2 yang baru nk menceburi bidang muzik ni. Kat Malaysia ni skg mmg femes dengan band2 indie seperti Bunkface, Hujan, One Buck Short , The Azenders dan macam2 lagi. Tapi untuk menubuhkan sesebuah band, adakah korang tahu sape ahli dan peranan yg perlu dimainkan nya? Meh kite terjah satu persatu pasal sesebuah band ni.



1. Vokalis

Vokalis ni merupakan tunjang utama bagi sesebuah band. Boleh dikatakan Vokalis adalah ketua bagi band tersebut. Vokalis tak semestinya mempunyai suara yg merdu mcm Siti Nurhaliza, tapi cukuplah sekadar tahu kawal nada suara so xde lah sumbang sangat time nyanyi. Antara Vokalis band yg popular skg mcm Azlan dari band Azlan and the Typewriter. Suara dia x de lah merdu, tapi suara dia unik sbb jarang jumpe org yg boleh keluarkan suara dengan ton yang setinggi macam dia. Vokalis ni juga biasanya adalah penulis lirik lagu bagi sesebuah band. Dan masa perform boleh dikatakan dia je yg banyak bercakap, yg memperkenalkan diri dan band serta ahli2 band tersebut.

vokalis Avenged Sevenfold


2. Lead Gitaris

Lead gitaris ni merupakan ketua bagi instrumen dalam sesebuah band. Biasanya lead gitaris ni akan cipta melodi lagu dan akan memberi muzik kepada lirik yg telah ditulis. Dan biasanya lead gitaris adalah org yg akan memasukkan solo dan riff serta bunyi2 yg tinggi bagi muzik pada lagu2 sesebuah band tersebut. Mmg ramai lead gitaris yg power skg ni , mcm Matt Bellamy ( MUSE ) , Slash ( gun n roses ) , Paan ( Bunkface ) , dan mmg ramai lagi lah. Peminat2 muzik mesti akan tahu punya lah sape dorg ni .


3. Rhytm Gitaris

Rhythm Gitaris ni merupakan support bagi lead gitaris. Dia akan backup lead gitaris dalam memberikan melodi kepada lagu2 sesebuah band. Kadang2 rhytm gitaris juga merupakan vokalis bagi sesebuah band.
Mungkin ade org akan cakap, tak best jadi rhytm, org x kenal sangat. Jangan pandang remeh, rhytm gitaris merupakan unsur penting bagi memastikan lagu2 yg dimainkan sedap di dengar. Kadang2 tanpa rhytm gitaris, lead gitaris x mampu nk bagi permainan terbaik dorg sbb dorg x dpt nk follow melodi dari rhytm.


4. Bassist

Bassist ni juga merupakan penyokong bagi lead dan rhythm gitaris. Bassist ni merupakan antara job paling mencabar dalam sesebuah band. Sebabnya, bassist kne ikut rentak bagi membuatkan bunyi bass die meletup2 ataupun , org boleh layan bunyi bass dalam sesebuah lagu. Biasa org akan ckp , main bass cume kne ikut chord. ITU SUME TAHYUL!! Bassist pun kadang2 ada scaling yang agak susah. Contoh macam lagu "Sweet Child O' MINE" daripada Guns N Roses, kalo korang dengar bunyi bass die betul2.... mmg bukan semata main chord. Tapi merupakan satu melodi yang mengambil masa untuk digubah.



5. Drummer

Ok . Ni merupakan Job yg paling mencabar. Tak ramai org yg mampu main drum. Dan tak ramai yg mampu kekalkan beat yg best. Sbb drummer merupakan org yg kreatif. Dia perlu mengikut beat2 sesebuah lagu baru bleh main drum dengan berjayanya. Andaikata lagu tu bergenre punk, maka drummer harus main drum dengan rentak yg laju. Tanpa drummer, agak payah band nk buat sesebuah lagu tu. Walaupun ramai jugak yg layan akustik, tp masih x sedap dengar tanpa beat drum. Ibarat makan nasi tak makan lauk. Tak sedap.


6. Keyboardist

Jarang kite jumpe pemain keyboard dalam sesebuah band. Tapi sebenarnye, band yg ade keyboardist mmg band yg sangat beruntung . Keyboardist boleh tambah macam2 efek bunyi bagi sesebuah lagu untuk menjadikan lau terbabit lebih hebat dan ummpphh!



walaupun ade 6 aspek penting dalam sesebuah band , tapi ada jugak band yg tak perlu ke semua 6 job ni. Ada jugak yg hanya ade drummer dan gitaris. Macam The White Stripes . Ada jugak yg hnya ada lead, bass dan drumer, macam MUSE.. Jadi , yg penting adalah gaya penyampaian sesebuah band. Macam Nirvana, Kurt Cobain dinobatkan sebagai lagenda sebab cara dia menyampaikan lagu amat unik dan berbeza dari kebanyakan band pada era dorang. Jadi bagi mereka2 yg baru nk menceburkn diri dalam arena muzik, selamat berjaya. Let the music shake your soul .

Peace.

60 saat di internet : Ape yg berlaku?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak korang terfikir, apa yg berlaku pada setiap minit korang online? Ape kate hari ni kita baca fakta-fakta ni sume .


1. 500 lebih posting di blog

2. 98,000 tweet terbaru

3. 12,000 iklan terbaru di craiglist

4. 20,000 posting terbaru di Tumblr

5. 600 video terbaru di Youtube

6. 70 Domain Didaftarkan

7. 13,000 Aplikasi Iphone telah dimuat turun

8. 320 Akaun twitter terbaru

9. 100 Akaun Linkedin terbaru

10. 6,600 Foto dipublish di Flickr

11. 125 Plugin WordPress di muat turun

12. 50 Core WordPress dimuat turun

13. 79,364 Wall terkirim di Facebook

14. 695,000 Status update di Facebook

15. 510,040 komen di Facebook

16. 1700 Aplikasi Mozilla Firefox dimuat turun

17. 694,445 kata dicari di Google

18. 168 Juta emel dikirim

19. 60 blog terbaru dibuat

20. 40 pertanyaan di Yahoo answer dan 100 jawapan diberikan

21. 1,600 orang membaca di Scribd

22. 1 perkataan diterjemahkan di Urban Dictionaries

23. 370,000 minit telepon di Skype

24. 13,000 jam muzik streaming di Pandora

25. 5,000,000,000 dokumen di seluruh dunia di selongkar oleh robot Google

sumber

Monday, 30 April 2012

BERSIH : Pandangan Ikhlas Dari Brader

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Skg ni masih hangat lagi berita tentang perhimpunan BERSIH 3.0 yg berlaku baru2 ni. Secara jujur Brader perhatikan, byk contra dari pada pro yg terjadi. Ni hanya luahan dan pendapat peribadi Brader semata mata. Mungkin ada segelintir akan cakap Brader pro-kerajaan, tapi Brader nk tegaskan , entry ni xde kaitan ngan nak back-up mane2 parti politik di Malaysia. Brader hanya seorang manusia yang suka memerhati apa yang berlaku di sekeliling.

Berkaitan ngan Bersih ni , Brader masih lagi tertanya-tanya apa motif sebenar benda alah ni diwujudkan. Kalau ikut apa yg Brader paham , Bersih ni menuntut pilihanraya yang bersih dan bebas . Ini bermakna , Bersih TIDAK boleh dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Tapi yg Brader dapat perhatikan, yg jelas dan nyata, Bersih ni hanyalah untuk kepentingan Parti politik tertentu di Malaysia ni. Takde pun unsur2 bebas yg dapat dilihat. Kebanyakan penyokong Bersih ni datang dari pro-parti politik yg tertentu. Brader xnak sebut lah parti apa. Brader cuma bagi pendapat Brader je.

Dari perhimpunan Bersih 3.0 yang lepas, Brader perhatikan banyak kerosakan yang berlaku di kawasan perhimpunan tu. Lebih2 lagi, kawasan tu di Dataran Merdeka, satu tempat yang bersejarah di Malaysia. Tempat yang sangat berharga di negara yang bertuah ni . Tapi malangnya, ia di kotori oleh penyokong Bersih tu sendiri. Maaf penyokong Bersih sekalian , tapi cuba korang fikir balik, tgk balik keadaan tempat tu lepas korang berhimpun, penuh dngn sampah sarap yg ditinggalkan. Harta benda rosak .

Perpecahan yang berlaku semakin ketara. Kita sedia maklum, sebelum Bersih ni wujud lagi, perpecahan memang berlaku, tapi masih di peringkat yang selamat. Tapi yang menyedihkan Brader, perpecahan yang berlaku adalah dari kaum yang sama. Tak perlu lah Brader sebut ape kaum tersebut, brader taknak bersikap "racist". Para pembaca boleh nilai sendiri keadaan ni. Perlu ke kita rumitkan lagi perpecahan yang sedia ada ni? Sesama kaum sendiri bermusuhan, bertikam lidah, menyumpah seranah, mencederakan. Cuba bayangkan , kalau lah kita berpecah, x mustahil, Malaysia akan dijajah sekali lagi. Orang tua2 penah berpesan, "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat". Mana pergi semua semangat yang mereka tinggalkan kepada kita semua? Kenapa kita nk rosakkan apa yang mereka buat demi memerdekakan negara kita ni ? Andai kata Tunku Abdul Rahman masih hidup, Brader tak dapat bayangkan apa reaksi dia bila tgk cucu cicit dia cuba memusnahkan semua yang dia usahakan masa riwayat dia dahulu.

Brader tak mahu ulas panjang-panjang. Lain manusia lain ragam. Lain orang lain pendapat. Mungkin ada antara pembaca akan komen pasal entri ni , tapi brader harap xde perpecahan berlaku. Entri ni bukan untuk mengutuk, tapi untuk mengajak pembaca sekalian berfikir sejenak. Berbaloikah kesefahaman diruntuhkan semata mata demi politik? kita semua tahu, politik itu kotor. biar dari mana pihak sekali pun. Mmg xkan terlepas dari kekotoran politik ni. Jangan nafikan benda ni , biar pun di depan orang ramai, mungkin mereka tunjuk suci, tapi , " rambut sama hitam , hati lain-lain" . Jangan sebab politik, saudara jadi musuh, adik-beradik jadi rapuh. Bagi orang Islam, ingatlah, kita semua bersaudara. Jangan biarkan POLITIK meruntuhkan persaudaraan. Jagalah hubungan dengan Allah, dan jagalah hubungan sesama manusia.

wallahualam.


bradergagak : ape pandangan korang terhadap benda ni? komen lah kt bawah sane. tapi jangan la komen2 yg berunsur fitnah dan gaduh2 plak. nak berdebat biarlah beradab