Pages

Ads by Nuffnang

Wednesday, 9 May 2012

Super Glue + Suami Isteri Tak Keluar Bilik . [ 18 ++ ]



Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik belum bangun" neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian lalu pergi sekolah. Ketika pulang anak lelaki tersebut bertanya lagi pada neneknya:
"Nek, Papa dan Mama?"
"Mereka masih dalam bilik" jawab neneknya sambil mengeluh.
Anak itu tertawa lagi, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Magrib  barulah anak lelaki tadi pulang. Dia bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama nek, tak nampak-nampak?"
"Tah lah!, dalam bilik tak keluar-keluar apa kena ngan Papa dan Mama kau tu" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Sambil berbisik kat telinga neneknya Si anak tersebut menjawab,
"Nek!, Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi dia gam Super Glue...hak!..kah!...kah!....lekat kot Nek".
Terkejut lah neneknya.....

5 + 5 = 11 ?? [ parental advisory . hehe ]

5+5 = 11




Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka nyediri. Cik gu yang palig dia takut ialah Cik gu Kumar, guru mate sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengkig rasa nak terkencing.. . suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan conggak. semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..
bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa ? cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia masukkan kedua-dua tangannya dalam kocek seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghintung. .. rasa nak terkencing pun ada sebab takut... Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu... ..
Sir Kumar senggih sambil keluar kelas


p/s : mana datang lagi satu tu? hehehehe

Monday, 7 May 2012

Orang yg kat Atas [ 18++ ]



di suatu petang yang damai...ali berjalan-jlan di taman sambil membuang tabiatny....tengah best2 dia bejalan
dia terlihat sepasang pasangan kekasih sedang bercumbuan di bawah pohon nan rendang......
dengan slumber badak dan tanpa rasa bersalah..ali pun memanjat pokok di mana terbaring ny dan ter berlaku ny aktiviti pasangan muda tersebut.....
lalu terdengar la c ali suara-suara halus c ppuan....

Pasangan Ppuan : abang lepas jika ada apa2 yang berlaku dengan sayang mcmana?
Lalu c lelaki pun berkata.....
Pasangan Lelaki : jangan la sayang risau, lepas kejadian ini jika ada apa-apa yang berlaku kita serahkan semua ny kepada yang di Atas....
(sambil menunding jari ke atas)

Lalu c ali yang sedang asyik menonton wayang free tersebut pun dengan bengang ny turun dari pokok dan serta-merta memarahi pasangan berkenaan

Ali : Amboi2!!! korang berdua ni, korang yang merasakan kenikmatan ny...lepas 2 sesuka ati je serahkan kepada yang di Atas....

Pasangan : (terkedu) sambil rasa bersalah....

Ali : Aku cuma tengok je dari Atas pokok 2...xkan la aku yang kena bertanjunggjawab....X guna la jantan awak ni...

Sunday, 6 May 2012

Efek Telur Rebus Kepada Kesihatan Lelaki [ 13++ ]

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun t ahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega r asanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.

Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!

HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.errrr




p/s : tajuk tu mmg ade kene mengene, kalo mamat tu kne tendang, xke kesihatan die terjejas, wakakakakaka

Dua Peragut Maut, Parah


KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau. Dua remaja lelaki yang dipercayai baru melakukan jenayah ragut terbabit dalam nahas kemalangan, menyebabkan seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera parah.
Difahamkan, kedua-dua remaja terbabit menunggang sebuah motosikal sebelum meragut beg tangan seorang wanita warga Singapura di Jalan Batu 3, Cheras, di sini, jam 1 pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi, dua suspek berusia 18 dan 19 tahun dikatakan memerhatikan wanita terbabit yang makan di sebuah restoran sebelum seorang daripada mereka menghampirinya dan meragut beg tangan wanita itu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek dipercayai melarikan diri sebaik melakukan jenayah ragut bersama rakannya yang menunggu dengan motosikal di luar premis.

“Bagaimanapun, jeritan wanita terbabit menyebabkan seorang pemandu kereta yang kebetulan menyaksikan kejadian itu mengejar motosikal ditunggang suspek,” kata Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh.

Katanya: “Ketika kedua-dua suspek melarikan diri, motosikal mereka dirempuh kereta berkenaan tidak jauh daripada lokasi kejadian.”

sumber : Harian Metro Online

Saturday, 5 May 2012

Pandangan Ikhlas BraderGagak : Isu PTPTN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak 2 menjak ni , makin menjadi2 isu2 yg dipolitikkan kt Malaysia ni . Almaklumlah, dah nk dekat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 . Mmg banyak agenda2 yg xkan terlepas dari dipolitikkan x kira dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Tapi kadang2 ade pihak yg melampau batas dengan mempergunakan isu2 yg sensitif bagi mengambil hati rakyat dalam usaha nak memenangi pilihanraya nanti. Antara isu yg mmg kite tahu, sangat hangat , isu PTPTN. Pinjam Tetap Pinjam Takde Nafian .

Ok, Pinjam Tetap Pinjam Takde Nafian. Dari benda ni , kite dapat satu tafsiran, PTPTN ni merupakan sesuatu yg kita telah pinjam dan gunakan. Even Brader sendiri pun pinjam gak PTPTN ni , dan Brader mmg dah pasang niat untuk bayar dah pun. Maklumlah, adat berhutang kena la bayar . Tapi ada segelintir peminjam yg menggunakan isu nk memansuhkan PTPTN ni bagi merealisasikan agenda politik dorg. Brader sendiri pun x faham kenapa dorg mesti libatkan sumber pendapatan pelajar atau mahasiswa dalam agenda politik. Tak leh ke dorg jangan usik mahasiswa2 yg nak belajar ni demi masa depan yg lebih cerah?

Ok , kite masuk ke tujuan asal. Melalui isu ptptn ni , Dorang mintak pengajian percuma bagi semua pelajar di Malaysia. Brader pun suke kalo xyah bayar. Tapi Brader fikir yg dalam Malaysia ni ntah bape banyak Universiti yg ade. Dan yuran2 yg pelajar bayar pun kebanyakannya digunakan untuk fasiliti2 untuk digunakan oleh pelajar2 sendiri. Andaikata lah pendidikan percuma, Brader risau la jugak, kalo pegi makmal, sebijik microscope kne kongsi 15 orang .

Selain tu, Brader jugak risau kalo suatu hari nnti, mase nk cari keje pun payah. Almaklumlah, masing2 study sambil lewa je mase belajar. Yela, belajar free kan. Xyah pikir nk ubah pinjaman jadi biasiswa. Kalo kene tendang dari universiti pun , xde rugi banyak sangat duit. So result pon nnti atas pagar je. Pastu mula bertambah jumlah graduan menganggur dalam Malaysia nnti.

Entahlah, Brader sendiri pun x faham pemikiran mereka2 semua ni . Brader bukan anak orang kaya.. Jadi brader sangat2 memerlukan PTPTN ni untuk sara hidup seharian Brader. Risau gak kalau tibe2 PTPTN dimansuhkan pastu dirombak semula, pastu penstrukturan semula. Entah berapa lama baru nk ade semula benda ni kalo pun diberi sebagai biasiswa. Masa PTPTN tu distruktur semula, entah dari mana la brader nk dapat duit untuk biaya belanja seharian brader.

wassalam.

Cara-Cara Menjawab Telefon terbaik dari ladang



Ramai antara kite yg suke bersembang di telefon x kire lah telefon rumah atau telefon bimbit. Kadang2 boring jugak kalau jawab telefon dengan cara yg biasa, ape kate kalo kite tgk cara2 yg agak kerek utk jawab telefon, bleh di praktikkan kpd org yg biasa buat2 silap nombor :)
1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.
2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..
3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.
5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
Lagi seterusnya……
7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.
8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap
9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?
10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)